Juara Liga Super Malaysia tewas di tangan Felda United 3-2 di Shah Alam. Ini adalah kekalahan ke-2 JDT dalam 3 perlawanan liga terakhir mereka.
Felda United membuka tirai jaringan menerusi Thiago Augusto pada minit ke-27. Ianya selepas kesilapan Junior Eldstal yang melakukan hantaran lemah ke arah Haziq Nadzli. Thiago merampas bola dan menyempurnakannya.
Junior Eldstal berjaya menebus kesilapan beliau dengan gol penyamaan pada minit ke-39. Dan ia adalah gol ke-100 JDT dalam semua pertandingan musim ini.
Felda United kembali di hadapan menerusi jaringan Ifedayo yang menerima hantaran cantik daripada Thiago Augusto pada minit ke-45.
Bersambung babak ke-2, Gonzalo Cabrera menyamakan kedudukan untuk JDT pada minit ke-57. Ianya satu percubaan deras dari luar kotak penalti. Memang sangat cantik!
Namun 7 minit berselang, Thiago Augusto menewaskan garisan pertahanan tinggi JDT dengan gol ke-3. Satu aksi solo yang memukau daripada Thiago. JDT tidak dapat membalas gol tersebut. Perlawanan berakhir 3-2.
Ini adalah kekalahan ke-3 JDT pada musim ini. Felda United berjaya memintas Kedah untuk menduduki tangga ke-3. Satu peningkatan mendadak oleh naib juara MSL musim lalu ini.
Mereka berhadapan dengan krisis prestasi pada awal musim dan berada di kelompok tercorot dalam Liga Super. Pada separuh kedua musim Liga Super, Felda United hanya tewas sekali sahaja.
https://www.youtube.com/watch?v=X0Hrb7OkMKA
Tahniah untuk Felda United di atas prestasi cemerlang anda.