PJ City berjaya bangkit dari ketinggalan di separuh masa pertama untuk memperoleh kemenangan penting bertemu UiTM FC di Shah Alam.
Dalam perlawanan kesembilan CIMB Liga Super 2020 (MSL 2020) itu, separuh masa pertama menyaksikan UiTM dan PJ City beraksi seimbang dengan tidak begitu banyak peluang dicipta.
Apa yang menarik perhatian adalah pertembungan antara Rabih Ataya dan beberapa pemain PJ City hingga menyebabkan situasi tegang berlaku.
Memasuki masa kecederaan separuh masa pertama, UiTM memperoleh sepakan penalti dengan Gustavo Dos Santos dengan mudah menyempurnakan sepakan itu.
Separuh masa kedua maka bermulalah pesta gol untuk kedua-dua pasukan dengan mereka berusaha untuk terus relevan dalam perlawanan.
PJ City tidak mengambil masa yang lama apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi R. Barathkumar seminit selepas separuh masa kedua bermula.
Mereka terus mendapatkan gol kedua menerusi Anawin Junjeen yang masuk sebagai pemain gantian untuk meletakkan pelawat dihadapan selepas 48 minit perlawanan.
Keampuhan serangan PJ City sekali lagi terserlah apabila seorang lagi pemain gantian iaitu R. Kogileswaran menggunakan larian derasnya berjaya untuk menewaskan Azfar Arif Sukri di gawang UiTM.
UiTM cuba untuk bangkit apabila mereka sekali lagi memperoleh sepakan penalti. Sekali lagi, Dos Santos tiada masalah untuk menjaringkan gol.
Tiga mata buat pasukan pelawat disahkan menerusi Washington Brandao apabila rembatan kaki kirinya memusnahkan sebarang harapan untuk UiTM untuk kembali bangkit dalam perlawanan ini.
Secara keseluruhannya, kemenangan PJ City malam ini amat bermakna untuk mereka dalam misi untuk kekal di Liga Super musim depan.
Namun begitu, mereka masih perlu mengharapkan bantuan keputusan di tempat lain untuk memateri status mereka itu.
Keputusan penuh, UiTM 4-2 PJ City
Kesebelasan utama
UiTM: Azfar Arif Sukri (penjaga gol), Gustavo Dos Santos, Afif Asyraf Zabawi, Shafiq Al-Hafiz, Arif Anwar, Faizal Arif, Ariff Ar-Rasyid, Rabih Ataya, Rafie Mat Yaacob, Khuzaimi Piee, Victor, Nirennold (ketua pasukan)
PJ City: Kalamullah Alhafiz (penjaga gol), Aroon Kumar, Elizeu Batista (ketua pasukan), Washington Dos Santos, R. Barathkumar, P. Rajes, Mahali Jasuli, Christie Jayaseelan, Amer Saidin. Filemon Anyie, Kim Bong Jin
Pegawai perlawanan
Pengadil: Khairulazuan Kidam
Pembantu pengadil 1: Arif Shamil Abd Rasid
Pembantu pengadil 2: Mojey Naking
Pengadil ke-4: Kamil Zakaria Ismail