MSL 2020: Kedah Bakal Hadapi Melaka Di Cheras

Kedah

Skuad Kedah sekali lagi terlepas peluang untuk beraksi di laman sendiri apabila terpaksa menghadapi Melaka United bagi perlawanan ke-11 kempen CIMB Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Perkembangan terkini itu diumumkan oleh badan penganjur liga bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) yang mana turut terdapat perubahan pada hari perlawanan.

Berikutan kekangan masa yang dihadapi Melaka United susulan terpaksa dikuarantin sebaik sahaja pulang dari Sabah, perlawanan kedua-dua pasukan tersebut ditunda kepada hari Isnin ini.

Keputusan yang diambil oleh MFL dalam mengubah gelanggang perlawanan adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana masih terdapat kes aktif di negeri tanah air tersebut.

“Mereka bersetuju untuk meminda tarikh dan venue perlawanan yang dijadual di Stadium Darul Aman, Alor Setar ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras disebabkan khuatir dengan keadaan COVID-19 di Kedah berada dalam paras yang membimbangkan.”

“Jadi bagi memastikan kelancaran perlawanan itu, kedua-dua pasukan telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan perlawanan di Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2020,” ujar MFL menerusi Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.

Kali terakhir skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak beraksi di Stadium Darul Aman sebaik sahaja saingan Liga Malaysia kembali bersambung ialah pada 5 September lalu dan tiga perlawanan terakhir mereka beraksi di Jengka, Cheras dan Kuantan.

Sebelum ini, Kedah beraksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebagai gelanggang tuan rumah ketika pertemuan menentang Sabah, 21 September lalu berikutan kluster yang wujud di Kedah tempoh hari.

Kedah ketika ini dalam misi untuk mengintai slot ke Piala AFC 2021 apabila mereka sedang menghuni tangga ketiga selepas mengumpul 16 mata manakala Melaka United di tangga ketujuh dengan 11 mata.

Kredit featured image: Malaysian Football League

Baca artikel lain dari saya mengenai Liga Super Malaysia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN