MSL 2019: Tiga Kad Merah Warnai Kemenangan JDT Atasi FELDA United

JDT kembali menghuni kedudukan teratas dalam saingan Liga Super selepas menewaskan FELDA United di Stadium Larkin sebentar tadi. 4 gol yang terhasil dalam minit-minit terakhir memberikan kemenangan 3-1 kepada Harimau Selatan sebagai tuan rumah selepas kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan pertama dalam masa 80 minit.

Ia adalah perlawanan yang cukup kontroversi kerana diwarnai dengan layangan 3 kad merah ke atas pemain FELDA United.

Separuh masa pertama

Dalam perlawanan ini, JDT menurunkan barisan terbaik mereka dan mengekalkan formasi 4-3-3 manakala FELDA United turun tanpa kelibat 2 pemain import mereka iaitu Thiago Quirino dan Masaki Watanabe. Malah mereka turut diperkuatkan oleh 4 bekas pemain JDT iaitu Hadin Azman, S. Chanturu, Norazlan Razali dan Jasazrin Jamaluddin.

Perlawanan bermula dengan penguasaan bola sebanyak 60% oleh JDT yang kerap melancarkan serangan ke kubu FELDA United. Skuad Harimau Selatan itu memperolehi dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 9 dan 23 namun rembatan pemain mereka mudah ditepis oleh Norazlan.

Benteng pertahanan JDT sedikit cemas pada minit ke 14 apabila Hadin Azman berjaya menyelusup masuk ke kotak penalti tetapi malangnya hantaran beliau gagal disambar oleh jentera serangan yang diketuai oleh Kei Ikeda. Malah, S. Chanturu juga sering memberi masalah kepada benteng pertahanan tuan rumah dan memaksa Corbin Ong bekerja keras dalam perlawanan ini.

Tersentak dengan percubaan pemain skuad kebangsaan itu, JDT mengandakan asakan melalui gerakan menarik Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera namun beberapa kali dinafikan oleh ketangkasan Norazlan Razali.

Peluang terbaik JDT hadir pada minit ke 42 melalui pemain pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq tetapi rembatannya berjaya dihalang oleh Norazlan. Keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua

Sebaik sahaja babak kedua bermula, JDT terus melancarkan asakan bertubi-tubi untuk mencari gol pertama. Norazlan Razali pada malam ini sukar untuk ditewaskan apabila kerap kali menepis percubaan berbahaya JDT terutamanya rembatan jarak dekat Diogo luis santo pada minit ke 58.

3 minit kemudian, FELDA United terpaksa beraksi dengan 10 orang selepas pemain tengah mereka, Zahril Azri dilayangkan kad merah kerana didakwa mengasari Leandro. Situasi itu memaksa JDT melakukan dua pertukaran pemain di bahagian tengah dengan memasukkan Nazmi Faiz dan Afiq Farzail.

Dalam usaha mencari jaringan pertama, mereka turut mengeluarkan Safawi Rasid dan memasukkan Akhyar Rashid di bahagian sayap kiri.

Memasuki minit ke 80, perlawanan berlangsung dengan suasana kontroversi selepas jaringan Canbrera dibatalkan kerana didakwa berada dalam kedudukan offside. FELDA United sekali lagi bernasib malang apabila Thiago Aquino dilayangkan kad merah kerana dikatakan melewatkan permainan.

Beberapa minit kemudian, JDT memecah kebuntuan di Larkin apabila Gonzalo Cabrera meletakkan tuan rumah dihadapan melalui jaringan voli dari jarak dekat.

Jaringan tersebut ternyata tidak mematahkan semangat pemain FELDA United untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 90 melalui Jocinei walaupun beraksi dengan 8 orang selepas Hadin Azman turut dilayangkan kad merah.

JDT memiliki kelebihan apabila pengadil memberikan masa tambahan selama 8 minit dan FELDA United gagal mengekalkan momentum permainan sehingga memberi ruang kepada JDT untuk menambah dua lagi jaringan.

Rembatan cantik Diogo Luis Santos pada minit ke 98 mengesahkan 3 mata penuh menjadi milik JDT dan mereka kembali merampas kedudukan takhta Liga Super daripada Pahang dengan 20 mata di hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN