Quantcast

BERITA

EPL: The Reds Bangkit Untuk Kembali Ke Puncak Liga

Liverpool bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menang 3-1 di St. Mary dalam aksi EPL awal pagi tadi.

Liverpool ketinggalan pada minit ke-9 selepas Shane Long menyempurnakan hantaran Hojbjerg. Long tidak dikawal oleh pemain-pemain Liverpool – dengan mudah mengawal dan menolak masuk bola.

Namun sebelum rehat, Naby Keita menyamakan kedudukan selepas menerima hantaran daripada Trent Alexander Arnold. Keita menanduk masuk bola hantaran silang yang sangat cantik.

Ia merupakan jaringan sulung Naby Keita untuk Liverpool di dalam karier.

Pada 10 minit terakhir perlawanan, Mohamed Salah mengakhiri kemarau 8 perlawanan tanpa gol. Beliau melakukan aksi solo daripada kawasan sendiri dan menjaringkan gol ke-2 Liverpool.

Kredit kepada Jordan Henderson yang menanduk pantas bola untuk memastikan Salah menggerakan serangan balas.

Mohamed Salah kini menjadi penjaring 50 gol EPL terpantas dalam sejarah Liverpool mengatasi rekod Fernando Torres.

Dan sebelum wisel penamat, ‘game-changer’ dalam perlawanan ini – Jordan Henderson – mematikan sisa-sisa perjuangan Southampton dengan gol ketiga.

Kemenangan ini bermakna Liverpool berada 2 mata di hadapan Man. City. Namun skuad bimbingan Jurgen Klopp ada kelebihan 1 perlawanan berbanding dengan City.

Kekalahan Southampton, menyaksikan pasukan tersebut hanya 5 mata daripada zon penyingkiran.

Liverpool merekodkan 20 gol pada lewat 15 minit terakhir perlawanan. Tertinggi di kalangan pasukan EPL musim ini. Mereka berjaya mendapat 16 mata daripada kedudukan di mana mereka ketinggalan awal.

The Reds turut menjadi pasukan EPL pertama mengesahkan kelayakan automatik ke UCL pada musim hadapan.

Liverpool terus menghidupkan obor persaingan EPL – dalam usaha mereka menamatkan penantian lama kejuaraan liga.