MSL 2019: Menurut Sathianathan, Selangor Hadiahkan JDT Gol Mudah

Selangor JDT MSL

Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan menjelaskan dalam sesi post match reaction di iflix yang pasukannya telah melepaskan gol-gol mudah buat Johor Darul Ta’zim (JDT) seterusnya tewas 2-4 dalam perlawanan ke-5 unifi Liga Super Malaysia (MSL) 2019.

Ini merupakan perlawanan ketiga mereka di laman sendiri, Stadium Shah Alam dan sekali lagi Gergasi Merah gagal menghadiahkan kemenangan yang dicari-cari kepada para penyokong mereka.

Dalam dua aksi di Shah Alam sebelum ini, Selangor diikat 1-1 menentang Felda United dan tewas 0-4 kepada PKNS FC.

Selain itu, ini merupakan perlawanan kedua di Shah Alam yang menyaksikan tuan rumah melepaskan 4 gol kepada pelawat.

Bagi Sathia, penjaga gol Selangor pada malam tadi, Khairulazhan Khalid telah gagal menjalankan tugasnya dengan baik apabila membenarkan JDT untuk meledak beberapa gol mudah.

Jurulatih berpengalaman itu turut dilihat memuji lawannya yang menurutnya mempunyai kelebihan dari segi permainan individu.

“Segalanya tentang kekuatan dan kelebihan permainan individu. Kita tidak dapat menghalang permainan individu lawan dan saya rasakan yang kita telah berikan beberapa gol mudah yang mana penjaga gol kita boleh menyelamatkannya,” ujarnya.

Gergasi Merah turut terlepas peluang untuk meledak dua gol hasil percubaan yang mengegar palang menerusi pemain import baharu yang menggantikan Antonio German, Sandro da Silva.

Sandro yang pernah beraksi bersama Kedah untuk empat musim telah menyertai Selangor pada hari terakhir jendela perpindahan dan aksi malam tadi merupakan penampilan sulungnya.

“Kita terlepas beberapa peluang. Ada percubaan yang terkena palang, dua kali, dan saya rasa pemain-pemain saya telah berikan tentangan yang hebat,” tambahnya lagi.

“Kita menentang pasukan yang penuh dengan pengalaman. Pasukan yang kuat dan memiliki permainan individu yang baik tetapi kita akan kembali, saya tahu kita akan kembali,” jelasnya.

Ketika diminta mengulas mengenai perlawanan seterusnya menentang pasukan bermasalah, Kuala Lumpur dan Terengganu, Satia menegaskan yang beliau mahu membina momentum pasukan bermula dengan dua perlawanan tersebut.

Selangor dijadualkan akan berkunjung ke Stadium KLFA di Cheras pada minggu depan sebelum menanti kunjungan finalis Piala Malaysia 2018, Terengganu di Shah Alam pada 31 Mac depan.

Kredit Foto: Johor Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN