PKNP FC dan PJ City bertemu di Manjung dalam misi mencari kemenangan pertama buat kedua-dua pasukan. Jurulatih pasukan tuan rumah mempertaruhkan sistem 4-1-4-1 dengan Kaliodu Calibaly mengetuai jentera serangan di bahagian atas. K. Devan pula memilih formasi 4-4-2 kali ini dengan Giancarlo Lopez menjadi sandaran utama untuk memburu jaringan.
Kedua-dua pasukan rancak berbalas serangan sejak wisel perlawanan ditiupkan. 15 minit pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan memperolehi deretan peluang dari set pieces, namun tiada diantara peluang tersebut berjaya dimanfaatkan.
Kedua-dua pasukan turut banyak menggunakan bahagian sayap untuk melancarkan serangan. Hafiz Ramdan sering menjadi ancaman buat PJ FC di sebelah kiri serangan PKNP FC, manakala pemain import dari Korea Selatan, Bae Beom-Geun turut berusaha keras dengan hantaran lintang menarik dari sebelak kanan serangan.
29′ | GOLLL KALIDOU YERO COULIBALYYYY!
Kalidou Yero meletakkan pasukan tuan rumah dihadapan dengan satu penyudah tenang menewaskan Muhaimin Mohamad! Ini merupakan gol pertama beliau di unifi Liga Super.@pknp_fc 1-0 PJ City FC#PKNPPJC#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/LwsCzvQicD
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 16, 2019
PKNP FC terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila Calibaly berjaya menyudahkan hantaran rakan sepasukan dengan percubaan dari dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol PJ City, Mohd Muhaimin Mohamad.
PJ City turut mempunyai beberapa peluang terutama melalui Giancarlo, selang empat minit selepas jaringan PKNP FC, namun percubaan pemain itu ditampan oleh penjaga gol Ammar Asyraaf.
Pedro Henrique selepas itu menjaringkan satu gol cantik melalui satu rembatan deras dari sepakan percuma berjarak dalam 30 meter, yang berjaya menewaskan penjaga gol lawan.
46′ | WHAT A GOAL PEDRO HENRIQUE!
PJ City menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma deras oleh Pedro Henrique!@pknp_fc 1-1 PJ City FC#PKNPPJC#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/IIpcJS73Qz
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 16, 2019
Jaringan penyamaan di masa kecederaan babak pertama itu sekaligus mengikat kedudukan 1-1 menuju waktu rehat separuh masa.
Babak kedua bermula, kedua-dua pasukan giat memburu gol untuk mendahului perlawanan. Minit ke-52 perlawanan PKNP FC mendahului 2-1 selepas percubaan Hafiz Ramdan dari luar kotak penalti menewaskan Mohd Muhaimin.
51′ | GOL CANTIK LAGI DI MANJUNG!
Giliran Hafiz Ramdan pula meledakkan voli cantik untuk meletakkan PKNP FC kembali dihadapan!@pknp_fc 2-1 PJ City FC
P/S: Markah tambahan untuk ‘celebration’ CR7 beliau!?#PKNPPJC#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/JfMkqZ5jJh
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 16, 2019
Giancarlo menyamakan kedudukan untuk PJ City apabila menanduk masuk sepakan sudutrakan sepasukan untuk kedudukan berubah 2-2 pada minit ke-73 perlawanan.
73′ | GOL GIANCARLO LOPEZ!
PJ City FC sekali lagi menyamakan kedudukan kali ini melalui Giancarlo Lopez! Berbalas gol di Manjung!@pknp_fc 2-2 PJ City FC#PKNPPJC#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/BUo8gw2lXB
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 16, 2019
PJ City FC kemudiannya berada di hadapan pada minit ke-83 perlawanan apabila percubaan dari luar kotak penalti Barathkumar Ramaloo menewaskan penjaga gol lawan, untuk kedudukan berubah 3-2.
83′ | ANDA FIKIR GOL CANTIK SUDAH HABIS? ANDA SILAP!
Kali ini rembatan cantik R.Barathkumar pula merealisasikan ‘comeback’ PJ City FC pada malam ini! @pknp_fc 2-3 PJ City FC#PKNPPJC#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/tn4xeHtZGN
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 16, 2019
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan selepas itu, namun kedudukan kekal 3-2 sehingga ke wisel penamat.