MSL 2019: PJ City Ikat Pahang Di Kuantan, Ze Love Selamatkan Rentetan Tanpa Kalah Tok Gajah

Pahang gagal mengambil kesempatan terbaik untuk memintas JDT di singgahsana liga. Ini selepas skuad kendalian Dollah Salleh hampir diaibkan oleh pendatang baru Liga Super – PJ City.

Dollah Salleh merehatkan Dickson di bangku simpanan kerana pemain itu baru cergas. Dollah Salleh memberikan peluang sekali lagi kepada pemain seperti Zuhair Aizat di dalam kesebelasan utama.

Pahang sedar, kemenangan akan melonjakkan Pahang ke tangga teratas sekali lagi.

Namun di atas padang, pasukan pelawat terlebih dahulu di hadapan menerusi gol Safee Sali pada minit ke-33. Satu jaringan dengan teknik separa voli menarik ala Amri Yahyah semalam – tetapi dilakukan dari dalam kotak penalti.

Selepas buntu pada separuh masa pertama, Pahang menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi sepakan percuma menarik oleh Ze Love pada minit ke-50.

Ze Love menembak bola ke sebelah kiri ‘far post’ penjaga gol

Pahang dan PJ City gagal menambah sebarang gol selepas itu. Dan perlawanan berakhir dengan seri 1-1.

Pahang kini menghuni tangga ke-2 dengan beza 2 mata daripada pendahulu JDT (20 mata).

PJ City pastinya lega dengan keputusan ini. Membawa pulang 1 mata dari stadium keramat Tok Gajah. PJ City kini sudah mengumpul 8 mata hasil daripada 2 kemenangan dan 2 seri daripada 8 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN