Quantcast

BERITA

Everton 1 Arsenal 0, Ozil Bengang Dan Baling Kot Ke Arah Marco Silva

Mesut Ozil membaling kot beliau ke arah pengurus Everton, Marco Silva dalam perlawanan yang Arsenal kecewa keciciran mata.

Skuad Unai Emery berpeluang memintas Tottenham Hotspur untuk menghuni tangga ke-3 – sambil menjarakkan diri dengan Chelsea dan Man. United – sekiranya menang di Goodison Park.

Namun sebaliknya mereka hanya mencatat keputusan tidak diiringi iaitu kekalahan.

Ozil yang menjadi kapten Arsenal digantikan dengan Iwobi selepas gagal memberikan impak sepanjang perlawanan ini.

Lebih memburukkan keadaan, Ozil campur tangan dengan perbalahan di antara Unai Emery dan Marco Silva selepas Mustafi membentes Calvert Lewin.

Arsenal yang dalam prestasi terbaik menuju ke perlawanan ini, gagal menunjukkan aksi cemerlang ketika di Goodison Park.

Everton mendapat gol awal pada minit ke-10 menerusi pemain veteran Phil Jagielka.

Jagielka disenaraikan dalam skuad pada saat akhir menggantikan Michael Keane. Beliau menyumbat masuk bola tandukan oleh Calvert Lewin.

Andre Gomes beraksi cemerlang di tengah. Beliau menjadi bos di kawasan tersebut. Arsenal sukar mendapatkan rentak kerana hilang kestabilan.

Arsenal bernasib baik kerana tidak kalah lebih teruk. Everton melakukan lebih 20 percubaan ke arah gol. Dan 6 adalah tepat. Arsenal hanya melakukan 2 percubaan tepat daripada 7 percubaan sahaja.

Tiada tambahan gol dicatatkan dan keputusan berakhir kemenangan Everton 1-0 ke atas Arsenal.

Keputusan ini meletakkan Arsenal kekal berada di tangga ke-4. Manakala Everton naik ke tangga ke-9.