MSL 2019: Melaka United Tidak Gentar Dengan Amukan Tok Gajah

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Skuad Melaka United tekad cipta kejutan dengan melakar kemenangan ketiga berturut-turut apabila dijadualkan berdepan Pahang di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Sabtu ini.

Menurut pemain tengah pasukan itu, Rami Nor, beliau dan rakan sepasukannya sudah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi jentera serangan skuad Tok Gajah yang dilihat lebih mantap di semua posisi.

Katanya dalam Berita Harian, perlawanan itu lebih bermakna berikutan ia berlangsung di gelanggang sendiri justeru usaha mengekalkan rekod tanpa kalah amat perlu digandakan di depan penyokong setia.

“Justeru, kami harus menggunakan kelebihan aksi di laman sendiri untuk menafikan kecemerlangan lawan yang juga pasukan hebat yang belum tewas setakat ini.

“Walaupun menyedari skuad Tok Gajah antara pasukan pilihan, namun ia bukan bermakna MU yang yang turun sebagai ‘underdog’ tidak mampu mengecewakan mereka,” katanya.

Gambar: Melaka United

Pahang yang gah dengan dua kemenangan berturut -turut ketika membenam Kuala Lumpur dan Terengganu FC 3-1 dan 3-0 jelas memberi amaran awal kepada barisan pertahanan skuad Melaka United.

“Biarpun lawan memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, kami sudah membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk mengutip tiga mata di tempat lawan.

“Ia dibuktikan ketika kami menewaskan Kuala Lumpur di Cheras pada perlawanan pertama liga dan kunjungan ini lebih kepada merekodkan kemenangan,” kata pemain pertahanan Pahang, Faisal Rosli.

“Sebagai pelawat, kami perlu memanfaatkan segala peluang yang ada dan ketajaman di bahagian serangan yang diketuai Dickson Nwakaeme diharap terus menjadi.

“Kemenangan juga penting untuk mengukuhkan kedudukan di persada liga dan memberi semangat kepada kami untuk mempamerkan persembahan terbaik,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN