Manchester United Kesal Tindakan Penyokong PSG Rosakkan Kerusi Old Trafford

Paris Saint-Germain

Ini sudah melampau.

Pihak Manchester United menzahirkan rasa kecewa mereka terhadap Paris Saint-Germain (PSG) baru-baru ini.

Hal ini bukanlah kerana PSG menewaskan mereka, tetapi kerana tindakan penyokong kelab Perancis itu yang dilihat keterlaluan.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 12: PSG fans ahead of kick off during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Manchester United and Paris Saint-Germain at Old Trafford on February 12, 2019 in Manchester, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Menurut laman Manchester Evening News, penyokong PSG telah melakukan kesalahan dengan merosakkan fasilit di Old Trafford sewaktu bertandang ke sana tempoh hari.

Mereka yang rata-ratanya menonton perlawanan sambil berdiri dan melompat-lompat telah merosakkan kira-kira 800 tempat duduk di kawasan penyokong pasukan lawan.

Selain daripada itu, jaring pemisah yang dipasang untuk membina jurang antara penyokong tuan rumah yang bersebelahan dengan mereka turut dirosakkan.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 12: PSG supporters clash with those of Manchester United after they score their second goal during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Manchester United and Paris Saint-Germain at Old Trafford on February 12, 2019 in Manchester, England. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Pihak Manchester United jelas kesal dengan tindakan ini sambil menganggap ianya sudah melampau.

“Penyokong Manchester United telah memberikan sokongan padu dan mereka bersama-sama dengan pasukan sepanjang perlawanan.”

“Begitu juga dengan penyokong PSG yang memberikan sokongan padu, namun ada segelintir tindakan penyokong mereka sememangnya melampau.”

Selain daripada itu, pihak Manchester United juga turut mencari siapakah pesalah yang melakukan kesalahan terhadap pemain PSG iaitu Angel Di Maria.

Bekas pemain Manchester United itu diberikan layanan yang cukup tidak mesra dari penyokong tuan rumah dengan pemain itu turut dibaling dengan botol.

Di Maria kemudiannya membalas balik apabila menjerit dengan menggunakan bahasa provokasi kepada penyokong tuan rumah semasa meraikan jaringan gol PSG.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN