MSL 2019: Melaka Dan Perak Sekadar Seri

Pengadil

Aksi di antara Melaka dan Perak pastinya menjadi perhatian. Melaka dalam usaha untuk kembali semula ke landasan persaingan liga. Perak pula dalam usaha mencari kemenangan kedua mereka musim ini.

Namun begitu aksi di Stadium Hang Jebat hanya berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Satu perlawanan yang seperti pertarungan ketumpulan penyudah di hadapan gol.

Keputusan seri ini juga bermakna Melaka gagal memanfaatkan peluang untuk memintas PKNS FC dan Kedah – untuk menghuni tangga ke-3. Manakala pasukan Perak menjadi pasukan Liga Super yang paling banyak seri setakat ini.

Hafizul Hakim dan Khairul Fahmi Che Mat berada dalam prestasi terbaik dalam perlawanan ini. Mereka berjaya melakukan beberapa aksi menyelamat yang penting.

Pada minit akhir separuh masa pertahanan, Khairul Fahmi menafikan percubaan jarak jauh oleh Rafiuddin Rodin.

Pada separuh masa kedua, Melaka dan Perak terus mencipta beberapa lagi peluang gol namun penyudah mereka terus tumpul.

Walaupun pada kedudukan jaringan ianya 0-0 – namun ia tidak menggambarkan prestasi pertahanan kedua-dua pasukan yang kerap melakukan kesilapan terutama Sekali ketika bertahan dalam unit.

Perlawanan tamat dengan kedua dua pasukan sekadar mendapat 1 mata daripada perlawanan ini.

Pastinya Mehmet Durakovic dan Zainal Abidin Hassan perlu memikirkan latihan intensif untuk memperbaiki penyudah para pemain mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN