MSL 2019: JDT Kukuhkan Kedudukan Di Persada Liga Super

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengutip tiga mata berharga malam ini apabila menewaskan pencabar terdekat, Pahang, 2-0 sekaligus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super dengan 33 mata.

Bagaimanapun, kemenangan mereka malam ini tidak hadir dengan mudah kerana Pahang berjaya memberikan tentangan yang sengit sehingga menyukarkan JDT mencari gol awal.

Dalam perlawanan ini, skuad Harimau Selatan menurunkan kesebelasan terbaik mereka dan kembali diperkuatkan oleh Diogo Luis Santo yang tidak beraksi ketika perlawanan menentang Kashima Antlers minggu lepas manakala Pahang turun tanpa kelibat Dickson Nwakaeme.

Sebaik sahaja pengadil meniup wisel sepak mula, JDT terlebih dahulu melancarkan serangan ke kubu lawan dan kerap mencemaskan benteng pertahanan Pahang yang diketuai oleh Herold Goulon.

Sepanjang 10 minit perlawanan, kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati kerana permukaan padang yang basah dan licin akibat hujan lebat sejak petang tadi. Situasi itu jelas menyukarkan pengerakan pemain untuk mencari jaringan pembukaan.

JDT memperolehi peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke 11 namun sepakan ‘gunting’ Safawi Rasid hasil hantaran daripada Corbin Ong mudah ditepis oleh penjaga gol Pahang, Helmi Eliza.

FOTO: JST

Helmi turut menyelamatkan sepakan percuma daripada Leandro pada minit ke 13 dan beberapa percubaan berbahaya daripada penyerang utama, Diogo.

Malah, Gonzalo Cabrera hampir mencetak nama sebagai penjaring gol malam ini melalui situasi kelam-kabut barisan pertahanan Pahang tetapi malangnya rembatannya melambung tinggi pada minit ke 32.

Tersentak dengan serangan bertubi-tubi daripada skuad Harimau Selatan, Pahang cuba bangkit mengaturkan serangan dan hanya memperolehi satu percubaan berbahaya melalui rembatan Azam Azih pada minit ke 36 dan Safuwan Baharuddin pada minit ke 44.

Helmi Eliza sekali lagi cemerlang menyelamatkan tandukan jarak dekat daripada Canbrera pada minit ke 45. Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Separuh masa kedua

Babak kedua menyaksikan Pahang mula mendapat rentak dan berjaya memberikan ancaman berbahaya kepada JDT. Percubaan terbaik hadir melalui Ze Eduardo pada minit ke 52 tetapi rembatannya berjaya ditepis oleh Farizal Marlias.

14 minit kemudian, Safawi Rasid hampir memecah kebuntuan melalui sepakan penjuru dan gagal menyudahkan hantaran cantik daripada Diogo Luis Santo.

Kemasukan Akhyar Rashid bagi menggantikan Leandro pada minit ke 62 jelas memberi impak yang positif apabila hantarannya mudah disempurnakan oleh Harris Harun sekaligus memberikan gol pertama untuk JDT pada minit ke 69.

Gol tersebut telah menyuntik semangat tuan rumah untuk terus mengasak ke kubu lawan dan memberi tekanan kepada Tok Gajah yang kelihatan tidak bermaya tanpa kelibat Dickson Nwakaeme.

Perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan 1-0 namun JDT sempat menghukum kesilapan barisan pertahanan skuad tok gajah untuk menambah gol kedua melalui Akhyar Rashid pada minit akhir ke 93.

Kemenangan ini juga bermakna JDT semakin hampir menjuarai liga super buat kali ke 6 dalam sejarah jika mereka terus mengekalkan rentak kemenangan dalam perlawanan yang seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN