MSL 2019: Jaringan Tunggal Herold Goulon Di Ipoh Hadiahkan Mata Penuh Buat Pahang

Pahang

Jaringan tunggal Herold Mark Goulon sudah cukup untuk menghampakan Perak apabila skuad ‘Yob’ tumpas 0-1 ditangan Pahang pada pertemuan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Pasukan pelawat yang turun dengan barisan terkuat walaupun tanpa Dickson Nwakaeme lebih banyak melancarkan serangan berbahaya pada aksi babak pertama.

Peluang keemasan skuad bimbingan Dollah Salleh itu menjelma pada minit ke-23 selepas Muhammad Safuwan Baharudin yang menerima hantaran lintang Matthew Davies sekadar terkena palang gol.

Pahang terus menggandakan asakan berselang dua minit kemudian tetapi percubaan hasil sepakan percuma di hadapan pintu gol Perak yang diambil Ze Love sedikit melewati palang.

Penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy bertindak cemerlang menafikan tandukan Ze Love ketika penyerang kelahiran Brazil itu tidak dikawal pertahanan dalam kawasan penalti pada minit ke-37.

Serangan yang cuba dijelmakan para pemain Perak dilihat tidak memberikan kesukaran buat pertahanan serta penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias.

Pertahanan import Pahang, Herold Mark Goulon membuatkan kem Perak terkedu pada minit ke-56 bagi memberikan pendahuluan buat skuad Tok Gajah.

Berpunca daripada sepakan percuma diambil Muhamad Nor Azam Abdul Azih yang mencari Matt Davies, kapten Pahang itu kemudiannya mengumpan bola buat Goulon sekaligus melakukan percubaan dalam kawasan penalti untuk menewaskan Hafizul Hakim.

Pahang kemudiannya terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Azam Azih diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-72.

Anak buah Mehmed Durakovic yang berjuang pada keseluruhan babak kedua dengan tenaga tempatan masih tidak mampu untuk mencipta jaringan.

Keputusan 1-0 itu kekal hingga tamat permainan bagi memberikan kemenangan ke-7 buat Pahang untuk terus berada di tangga kedua dengan 24 mata.

Manakala Perak pula menerima kekalahan kedua musim ini untuk menghuni tangga ke-9 dengan sembilan mata.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN