MSL 2019: Jaringan Ashri Chuchu Bantu Kuala Lumpur Tumbangkan PJ City FC

Kuala Lumpur, PJ City

Tuah memihak kepada Kuala Lumpur apabila jaringan pemain sayap, Ashri Chuchu berjaya memberikan kemenangan 1-0 Kuala Lumpur ke atas PJ City FC dalam saingan Liga Super Malaysia (MSL) 2019 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Kemenangan ini meneruskan rentak 5 perlawanan tanpa kalah Kuala Lumpur dalam semua saingan sejak 3 April lalu dan penampilan sulung penjaga gawang, Faridzuean Kamaruddin memberikan skuad Warga Kota cleansheet pertama mereka.

Dalam 25 minit pertama, PJ City mempamerkan pengawalan perlawanan yang sangat baik menerusi beberapa asakan dan percubaan ke gawang tuan rumah yang dikawal Faridzuean Kamaruddin, yang 3 kali diuji oleh jentera serangan pelawat.

Antaranya dua peluang keemasan Safee Sali pada minit ke-8 dan 14 yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyerang berpengalaman tersebut dengan percubaan kurang kemas.

Memasuki minit ke-30, sekali lagi Safee Sali terlepas peluang untuk menggegar jaring Kuala Lumpur apabila percubaan derasnya ke sebelah kanan gol ditepis kemas oleh Faridzuean Kamaruddin.

Skuad Warga Kota pula dilihat sedikit bergelut dengan keadaan padang basah dan tampak kekurangan inisiatif untuk memecah blok pertahanan PJ City sejak dari wisel permulaan – disiplin bertahan yang baik oleh Elizue dan rakan-rakan bentengnya.

Kuala Lumpur harus berasa lega kerana ketumpulan jentera depan PJ City adalah penyelamat kepada mereka pada babak pertama.

Safee Sali, PJ City
FOTO: MFL

Bermula seawal babak kedua, PJ City menerusi Safee Sali berjaya membuat percubaan kali ke-4 buat dirinya namun sekali lagi ianya telah ditepis keluar oleh penjaga gol, Faridzuean Kamaruddin.

Akhirnya, di saat PJ City mengawal rentak perlawanan dan kerap mengasak tuan rumah, Kuala Lumpur tiba-tiba berjaya meledak gol pertama perlawanan menerusi Ashri Chuchu di minit ke-50 – selepas menerima hantaran Azmi Muslim di bahagian sayap.

Tuan rumah mempamerkan sedikit perubahan dalam intensiti perlawanan selepas jaringan pertama tersebut. Mereka tampil lebih menyerang dan kelihatan giliran PJ City pula menjadi pasif.

Dua peluang terbaik Kuala Lumpur hadir di minit ke-63 dan 69 menerusi Paulo Josue dan Indra Putra, namun kedua-duanya tersasar daripada gawang yang dikawal Muhaimin Mohamad.

Penjaga gawang tuan rumah, Faridzuean Kamaruddin sekali lagi berjaya menafikan peluang boleh gol oleh PJ City apabila menepis percubaan Serginho menerusi gerakan daripada sepakan percuma.

3 mata kedua buat Kuala Lumpur selepas melakukannya ketika berdepan Kedah pada 6 April lalu dan mengumpul 7 mata, berkongsi mata dengan Felda United yang berkelebihan 1 perlawanan sementara PJ City kekal di kedudukan ke-10 liga.

Kuala Lumpur: Faridzuean Kamaruddin (PG), Irfan Zakaria, Luke Woodland, Hafiz Johar (29′ Arif Anwar), Azmi Muslim, Zaiful Hakim, Paulo Josue, Ashri Chuchu (64′ Fitri Omar), Zhafri Yahya, Guilherme de Paula, Indra Putra Mahayuddin (K)

PJ City FC: Muhaimin Mohamad (PG), Annas Rahmat, P. Rajesh, Aizulridzuan Razali (76′ Zamri Ramli), Joshua Grommen, Elizue Araujo (K), Bae Beom-geun, R. Barathkumar, Serginho, Safee Sali, Pedro Henrique (29′ K. Satish (70′ Tamil Arasu))

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN