MSL 2019: 38 Perlawanan Tanpa Kalah, JDT Rekodkan Kemenangan 3-0 Ke Atas Perak

Leandro Velazquez JDT Perak 2

Perak gagal menyekat rekod rentetan tanpa kalah Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila tumbang 0-3 kepada pemenang Liga Super Malaysia (MSL) 2019 di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Dua gol pemain tengah, Leandro Velazquez di babak pertama dan kedua serta satu gol Akhyar Rashid telah membantu JDT untuk meneruskan rekod 38 perlawanan tanpa kalah Harimau Selatan dalam saingan liga, juga kemenangan ke-15 liga musim ini.

Biarpun gelaran juara liga sudah dalam gengaman, JDT masih menurunkan skuad utamanya dengan hanya 3 perubahan dibuat ke atas skuad yang menewaskan Melaka United iaitu kemasukkan Azrif Nasrulhaq, Leandro Velazquez dan Adam Nor Azlin.

The Bos Gaurus membuat percubaan awal ke gawang pelawat yang dikawal oleh Farizal Marlias menerusi penyerang yang kembali dalam skuad utama, Ronaldo yang tidak beraksi dalam separuh akhir Shopee Piala FA 2019 menentang Pahang tempohari.

Hantaran jarak jauh pertahanan tengah, Hussein El Dor berjaya menemui Ronaldo namun sentuhan akhir penyerang tersebut sedikit tersasar ke kiri gawang pada minit ke-6 perlawanan.

Selaku tuan rumah, Perak tampil mendominasi perlawanan dengan baik namun masih buntu untuk mengegar jaring. Dan di minit ke-26, giliran Careca pula membuat percubaan kaki kiri dari luar kotak penalti namun ianya tersasar sekali lagi ke sebelah kiri gawang.

Corbin Ong JDT Perak
FOTO: Johor Southern Tigers

Di saat Perak mengawal perlawanan dan menekan JDT, menerusi satu serangan pantas, Leandro Velazquez berjaya meledak gol pembukaan pada minit ke-37 selepas menerima lambungan menarik Safawi Rasid ke dalam kotak penalti tuan rumah.

Biarpun dikawal ketat Hussein El Dor, Leandro Velazquez masih mampu mengatasi dan seterusnya melepaskan rembatan kaki kiri menuju ke sebelah kiri gawang yang dikawal Hafizul Hakim. Itu merupakan gol kelimanya dalam saingan liga musim ini.

3 minit babak kedua berlangsung, Leandro Velazquez sekali lagi mempamerkan sentuhan jaringan apabila berjaya meledak gol buat Harimau Selatan hasil kombinasinya bersama Safawi Rasid.

Menerima hantaran rendah Safawi Rasid dari sebelah kiri gawang, Leandro Velazquez melepasi kawalan kapten tuan rumah, Shahrul Saad sebelum melepaskan rembatan deras kaki kiri dari luar kotak penalti untuk menewaskan Hafizul Hakim buat kali kedua.

The Bos Gaurus cuba memberi respon selepas ketinggalan dua gol namun penyudah yang tumpul menggagalkan serangan yang cuba dicaturkan antaranya seperti di minit ke-57 apabila Idris Ahmad hanya melepaskan percubaan liar melewati palang gol pelawat.

Leandro Velazquez JDT Perak
FOTO: Johor Southern Tigers

Lima minit kemudian, Safawi Rasid yang telah menghasilkan dua bantuan gol berjaya melakukan percubaan ke gawang Perak namun ianya lemah dan berjaya diselamatkan oleh Hafizul Hakim.

Minit ke-65, Farizal Marlias yang berjaya merekodkan cleansheet ke-6 liga telah dipaksa untuk menyelamatkan percubaan Firdaus Saiyadi menerusi sepakan percumanya dari luar kotak penalti.

Disiplin bertahan yang cemerlang oleh barisan benteng pelawat dan ketangkasan penjaga gawang skuad kebangsaan, Farizal Marlias acap kali mengecewakan Perak dan percubaan deras Ronaldo di minit ke-76 terus gagal membolosi gawang.

Seminit sejurus dimasukkan, Akhyar Rashid berjaya meledak gol ketiga JDT apabila gerakkannya bersama Nazmi Faiz berjaya disudahkannya dengan baik di minit ke-93 untuk mengecewakan lebih 19,000 penyokong tuan rumah yang hadir.

The Bos Gaurus gagal meraih 3 mata dan jatuh ke kedudukan ke-6 liga apabila Melaka United berjaya merekodkan kemenangan 2-1 ke atas PJ City FC dalam satu lagi aksi liga di Petaling Jaya.

Perak: Hafizul Hakim (PG), Shahrul Saad (K), Hussein El Dor (80′ Amirul Azhan), Idris Ahmad, Rafiuddin Rodin (90′ Nazirul Naim), Leandro, Brendan Gan, Firdaus Saiyadi, J. Partiban, Careca (65′ Shahrel Fikri), Ronaldo Henrique

JDT: Farizal Marlias (PG), Mauricio dos Santos, Adam Nor Azlin (75′ Fadhli Shas), Azrif Nasrulhaq (84′ Hasbullah Abu Bakar), Corbin Ong, Hariss Harun (K), Afiq Fazail, Leandro Velazquez, Safawi Rasid (90′ Akhyar Rashid), Nazmi Faiz, Diogo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN