MSL 2018: Lang Merah Curi Satu Mata Dari Sang Penyu Di Kuala Terengganu

Selepas mencatatkan kemenangan bergaya pada perlawanan lalu, pasukan tuan rumah Terengganu FC dan Kedah FA pasti mahukan 3 mata dari perlawanan ini.

Nidzam Adzha dan Irfan Bakti. Dua pengendali tempatan yang sama-sama menampilkan sistem 4-2-3-1 dalam perlawanan ini.

Separuh masa pertama

Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan tempo tinggi.

Kedah hampir berada di hadapan apabila sepakan percuma melencong oleh Baddrol Bakhtiar diselamatkan oleh Suffian Rahman.

Pada minit ke-20 perlawanan, kapten pasukan, Abdul Latiff Suhaimi menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning setelah melakukan bentesan ke atas Andik Vermansya.

Percubaan Baddrol seminit selepas itu turut tidak menemui sasaran, apabila sekadar sipi di sebelah kiri gawang Terengganu.

Igor Zonjic menjadi pemain Terengganu FC kedua menerima layangan kad kuning setelah terjahan lambat ke atas Andik.

Rembatan deras Andik pada minit ke-33 pula mudah ditangkap kemas oleh Suffian Rahman.

Kesilapan Khairul Helmi membaca hantaran jauh Akani Sunday pada minit ke-36 perlawanan turut hampir dihukum oleh Bruno Suzuki, tetapi Ifwat nyata lebih bersedia untuk menyelamatkan keadaan.

Minit ke-42 perlawanan menyaksikan kombinasi gerakan oleh Terengganu memberikan ruang buat J.Parthiban, namun percubaan pemain sayap itu tidak menepati sasaran.

Seminit selepas itu, J. Parthiban tidak mensia-siakan peluang apabila menyudahkan hantaran cantik Bruno Suzuki untuk gol pertama Terengganu FC.

Tamat babak pertama perlawanan, Terengganu FC 1 Kedah 0.

Separuh masa kedua

Babak kedua perlawanan, Kedah melakukan perubahab dengan memasukkan Akhyar Rashid dan mengeluarkan Andik Vermansya.

Tatkala Kedah menjadi pasukan yang perlu memburu gol penyamaan, Terengganu pula tampak lebih yakin pada babak kedua ini.

Minit ke-57 perlawanan, hantaran lintang Kamal Azizi tepat menemui Bruno Suzuki di dalam kotak penalti. Namun demikian, Bruno gagal melakukan tandukan kemas, yang akhirnya dipersiakan.

Kedah akhirnya berjaya menemui gol yang dicari-cari apabila Baddrol mudah menyudahkan hantaran Sandro pada minit ke-64 perlawanan.

Memasuki 15 minit terakhir perlawanan, kedua-dua pasukan terus berusaha melakukan gerakan untuk mencari gol kemenangan.

Namun kedudukan kekal sehingga wisel penamat, dan Kedah berjaya mencuri 1 mata dari sarang Sang Penyu.

Kesebelasan utama

Terengganu FC: Suffian Rahman (PG), Kamal Azizi, Lee Tuck, Thiery Bin, Bruno Suzuki, Abdul Latiff (K), J. Parthiban, Adib Aizuddin, Igor Zonjic, Haidhir Suhaimi (Ashari Samsudin 68′), Akanni Sunday (Fauzi Kadar 88′)

Kedah FA: Ifwat Akmal (PG), Alvaro Silva, Baddrol Bakhtiar, Sandro Silva, Khairul Helmi (K), Rizal Ghazali, Amirul Hisyam (Hanif Dzahir 87′), Halim Shaari (Syazwan Tajuddin 77′), Syazwan Zainon, Ariff Farhan, Andik Vermansya (Akhyar Rashid 45′)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN