Andres Iniesta Sah Ucap Selamat Tinggal Kepada Barcelona Selepas 22 Tahun

Andres Iniesta telah mengumumkan bahawa beliau sah akan meninggalkan Barcelona setelah menyertai gergasi Catalan itu sejak 22 tahun yang lalu.

Pemain tengah berusia 33 tahun itu mengumumkan perkara tersebut melalui satu sidang media khas di pusat latihan milik kelab, sekaligus menamatkan satu lagi karier hebat di Nou Camp.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Dan ketika pengumuman tersebut dilakukan, Iniesta turut kelihatan sebak, dalam majlis yang turut dihadiri oleh rakan sepasukan yang lain.

Iniesta yang turut menjuarai Piala Dunia bersama negaranya Sepanyol telah membantu Barcelona menjuarai 8 kejuaraan La Liga, 4 kejuaraan UEFA Champions League (UCL), dan 6 trofi Copa del Rey.

Malah peluang Iniesta untuk mengumpul koleksi kejuaraan ke-9 La Liga turut cerah apabila rekod tanpa kalah Barcelona di saingan itu meletakkan gergasi Catalan itu berkelebihan 11 mata, dengan lima lagi perlawanan untuk diharungi pada musim ini.

(Photo by Pau Barrena / AFP) (Photo credit should read PAU BARRENA/AFP/Getty Images)

Bagaimanapun Iniesta tidak akan bersara daripada bola sepak dan dijangka akan meneruskan karier sebagai pemain di luar eropah.

Untuk itu, Andres Iniesta dijangka akan berhijrah ke Liga Super China untuk menyertai Chongqing Dangdai Lifan, setelah presiden kelab tersebut, Gong Daxing baru-baru ini mengesahkan kelab berkenaan berada di proses terakhir rundingan dengan pemain tersebut.

Ketika sidang media tersebut, pemain tengah yang sememangnya berstatus legenda di kalangan penyokong setia di Nou Camp berkata:

“Ini adalah musim terakhir saya akan berada di sini. Saya telah memikirkan perkara ini untuk seketika. Pada saya, Barca adalah kelab terbaik di dunia. Dan kelab ini telah memberikan segalanya untuk saya.”

“Saya mahu berterima kasih kepada rakan sepasukan yang bersama saya setiap hari. Sudah tentu mereka menjadikan saya pemain yang lebih baik.”

“Ia seperti satu mimpi yang menjadi kenyataan. Saya memenangi deretan kejuaraan di sini, dan melalui saat-saat terindah di dalam karier bersama kelab ini.”

(Photo by Rob Newell – CameraSport via Getty Images)

“Saya sangat gembir kerana pernah bermain untuk Barcelona. Untuk itu, saya sangat berbangga.”

Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan beliau setelah meninggalkan Nou Camp, Andres Iniesta berkata:

“Masih ada banyak perkara lain yang boleh saya lakukan di luar sana. Saya pernah berkata bahawa saya tidak akan beraksi sebagai pemain menentang Barcelona. Maka saya tidak akan meneruskan karier di Eropah. Kita akan lebih jelas selepas tamat musim.”

“Usia saya hampir mencecah 34 tahun. Selama ini saya meletakkan segala perkara kepada aksi di atas padang. Saya memberikan hanya yang terbaik kepada Barcelona.”

“Jika saya gagal memberikan yang terbaik kepada Barca, saya tidak akan gembira. Tetapi saya mahu rasa gembira sepertimana yang saya rasai sepanjang berada di sini selama 22 tahun ini.”

Iniesta menyertai Barcelona melalui sistem akademi kelab tersebut. Selepas itu, Iniesta tampil sebagai antara pemain terbaik Barcelona pernah hasilkan, membantu kelab tersebut menjuarai 31 kejuaraan utama sepanjang tempoh kariernya.

Jumlah kejuaraan tersebut adalah rekod yang turut dikongsi oleh Iniesta bersama rakan sepasukan, Lionel Messi setakat ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN