MSL 2018: Selangor Buktikan Mereka Jaguh Lembah Klang, Tewaskan Kuala Lumpur 2-0

Aksi Ahad (Super Sunday) menyaksikan perlawanan melibatkan 2 seteru utama Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur dan juga Selangor di Stadium KLFA, Cheras.

15 minit pertama menyaksikan bermula dalam tempo yang cukup perlahan dengan kedua-dua pasukan saling berhati-hati dalam mencari rentak.

Namun kebuntuan itu tiba-tiba saja dipecahkan oleh Selangor selepas Rufino Segovia menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi tandukan jarak dekat menewaskan Kamarul Effandi.

Selepas itu, Kuala Lumpur mula menaikkan rentak mereka dalam usaha mencari gol penyamaan dengan melancarkan beberapa siri serangan ke kubu Selangor yang diketuai oleh Razman Roslan dan Norazlan Razali.

Selangor mengalami 2 kali detik sukar apabila 2 kali serangan Kuala Lumpur terpaksa diselamatkan di atas garisan oleh pertahanan Selangor.

Pemain baharu Selangor, Azamuddin Akil terpaksa dikeluarkan sebelum separuh masa pertama tamat semasa waktu kecederaan apabila mengalami kecederaan.

Separuh masa kedua menyaksikan Selangor hampir menjaringkan gol kedua namun rembatan dari luar kotak penalti sedikit tersasar.

Peluang terbaik Kuala Lumpur untuk menjaringkan gol penyamaan adalah pada minit ke-57 apabila rembatan Zharfi Yahya dalam kotak penalti melambung tinggi.

Zhafri sekali lagi hampir menjaringkan gol, kali ini rembatan luar kotak beliau menggegar gol Selangor.

Percubaan menyerong (curling) dari Junior Aparecido dari luat kotak penalti terus ke dakapan Norazlan.

Junior sekali lagi hampir menjaringkan gol apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti beliau ditepis Norazlan pada minit ke-70, rembatan susulan dari pemain Kuala Lumpur selepas itu melambung tinggi.

Tandukan pemain Selangor hasil sepakan percuma di tepi kotak penalti Kuala Lumpur singgah ke palang pada minit ke-74.

Guilherme De Paula terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan selepas tandukan jarak dekat beliau hanya sipi di tepi tiang gol pasukan Selangor pada minit ke-78.

Tidak lama selepas itu, rembatan luar kotak dari De Paula melambung tinggi.

Percubaan rendah De Paula pada minit ke-86 ditepis keluar Norazlan. Kuala Lumpur terus kecewa mencari gol penyamaan.

Selangor terus membunuh perlawanan ini dengan gol pada masa kecederaan oleh Segovia memberikan pendahuluan yang lebih utuh untuk pasukan pelawat.

Secara keseluruhannya, Kuala Lumpur merupakan pasukan lebih dominan namun Selangor lebih klinikal di hadapan gol dengan menjaringkan 2 gol.

Masa penuh – Kuala Lumpur 0-2 Selangor

Kesebelasan utama

Kuala Lumpur: Kamarul Effandi (penjaga gol), Junior Aparecido, Guilherme De Paula, Ashri Chuchu (Syazwan Andik ’64), Bobirjon Akbarov, Zhafri Yahya, Indra Putra Mahayuddin (ketua pasukan), Hisyamudin Shaari, Azmeer Yusof (Irfan Zakaria ’80), Hafiz Johar, Paulo Josue

Selangor: Norazlan Razali (penjaga gol), K. Kannan, Evan Dimas, Rufino Segovia, Razman Roslan (ketua pasukan), Alfonso De La Cruz (Saiful Ridzwan ’60), Ilham Udin (Tamil Maran ’70), Willian Pachceo, Fairuz Abdul Aziz, D. Kugan, Azamuddin Akil (Amri Yahyah ’45)

Pegawai perlawanan

  • Pengadil: Suhaizi Shukri
  • Pembantu pengadil 1: Khalid Md Aris
  • Pembantu pengadil 2: Janasib Tamingan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN