Dalam bola sepak, melepakan bolos di masa kecederaan dan kehilangan mata adalah perkara yang sangat perit. Itu yang berlaku pada Selangor malam ini.
Selangor berhadapan dengan PKNP FC di Stadium Cheras. Selangor menurunkan gandingan Josep Kalang-Rufino-Sean Selvaraj di serangan bertiga.
Separuh masa pertama
Pada minit ke-4 perlawanan dihentikan seketika kerana masalah lampu limpah stadium yang terpadam.
Perlawanan disambung semula selepas lebih 10 minit daripada ‘blackout.’ Bersambung aksi PKNP FC di hadapan menerusi percubaan jarak dekat minit ke-18.
Tidak lama selepas itu, Sharel Fikri melakukan free header yang mengancam gawang Selangor. Pada minit ke-20 Yeon Gi Sung mendapat peluang dari dalam kotak penalti namun percubaan beliau liar.
3 percubaan bahaya dalam jarak 3 minit adalah amaran awal untuk pasukan Selangor.
Tidak lama selepas itu, Anzite hampir meletakkan PKNP FC di hadapan. Percubaan yang terkena sisi gol.
Selangor hanya melakukan percubaan yang tidak bahaya menerusi percubaan jarak jauh Joseph Kalang Tie dan Rufino Segovia.
Pengadil memberikan 13 minit masa tambahan kerana ‘blackout’ pada awal perlawanan.
Selangor banyak menghadirkan ancaman menerusi situasi bola mati pada beberapa minit terakhir separuh masa pertama.
Separuh masa pertama jelas sekali PKNP FC pasukan yang lebih baik. Selangor tidak dapat menemui rentak dan terlalu banyak hilang bola.
Separuh masa kedua
Bersambung babak kedua, Selangor berada di hadapan pada minit ke-53 menerusi Rufino Segovia yang menyempurnakan peluang terhidang.
Selangor tampil lebih baik pada awal babak berbanding dengan separuh masa pertama.
Pada minit ke-69, Norhakim Isa menguji Khairul Azhan dengan percubaan deras. Aksi menyelamat yang menarik daripada Khairul Azhan.
Perlawanan boleh dikatakan agak seimbang selepas itu dengan intensiti perlawanan agak sederhana.
Ketika Selangor hampir meraikan 3 mata berharga, Hafiz Ramdan menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.
Perlawanan berakhir 1-1. Keputusan ini meletakkan Selangor kini hanya 2 mata daripada zon penyingkiran di tangga ke-10. PKNP FC menghuni tangga ke-7 dengan 11 mata.