MSL 2018: Pahang Dan Perak Terikat Tanpa Jaringan Di Kuantan

Liga Super

Pahang dan Perak terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama unifi Liga Super 2018 pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Separuh masa pertama

Permainan bermula dengan seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berusaha untuk mengancam ke kubu lawan masing-masing.

Namun aksi di babak pertama lebih didominasi oleh Perak apabila kerapkali mengkucar-kacirkan pertahanan Pahang yang dikemudi Alex De Morales dan Muslim Ahmad.

Peluang pertama Perak hadir pada minit ke-28 setelah Nazirul Naim Che Hashim melakukan hantaran cantik dari sebelah kiri bagi mencari Gilmar Jose Da Silva Filho. Bagaimanapun tandukan yang dilakukan Gilmar gagal menemui pintu gol tuan rumah.

Wander Luiz Bitencourt juga terlepas peluang untuk menghasilkan jaringan berselang tiga minit kemudian walaupun mendapat umpanan dari Gilmar. Rembatan yang dilakukan Wander Luiz hanya sedikit melencong keluar.

Pahang juga sesekali memberikan ancaman kepada pasukan pelawat melalui rembatan dalam kotak penalti yang dilakukan Kogileswaran tetapi penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam lebih bersedia menangkap bola percubaan tersebut.

Perak yang terus menggandakan asakan melepaskan dua peluang terbaik bagi mencari jaringan pembukaan melalui Wander Luiz dan Gilmar. Wander Luiz sekadar melakukan percubaan tersasar ke sebelah kiri pintu gol walaupun beliau tidak dikawal oleh pertahanan Pahang.

Gilmar kemudiannya turut mensia-siakan peluang yang terhidang hasil kombinasi ‘one-two’ bersama Wander Luiz apabila menyepak lemah bola walaupun beliau hanya berhadapan dengan Helmi Eliza Elias lalu ditangkap penjaga gol itu.

Separuh masa kedua

Pahang hampir membuka jaringan pada awal babak kedua apabila Norshahrul Idlan Talaha mendapat peluang terbuka dihadapan gol, namun tandukan hasil hantaran lintang dari Matthew Davies itu gagal dimanfaatkan oleh beliau.

Wander Luiz sekali lagi memainkan peranan penting dalam menggerakkan serangan buat skuad Perak dengan melakukan hantaran kemas kepada Norhakim Hassan pada minit ke-55.

Norhakim yang cuba melakukan percubaan ‘chip’ berjaya dibaca oleh Helmi Eliza untuk menafikan percubaan tersebut.

Kedua-dua pasukan tidak putus-putus bagi mencipta gerakan demi gerakan untuk memecah kebuntuan perlawanan, bagaimanapun ketumpulan penyudah di bahagian serangan jelas mengecewakan.

Keputusan tanpa jaringan terikat hingga tamat permainan untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi mata.

Foto: Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN