Perlawanan terakhir unifi Liga Super menyaksikan Negeri Sembilan wajib menang ke atas Melaka United untuk mengesahkan tempat ke saingan Piala Malaysia selepas tamat liga.
Perlawanan dilihat begitu seimbang dari segi penguasaan bola namun begitu dari segi percubaan, Melaka United jelas pasukan yang lebih baik.
Mereka berjaya melakukan beberapa percubaan tepat untuk meresahkan Negeri Sembilan dalam usaha untuk menjaringkan gol.
Melaka United hampir sahaja memperoleh jaringan pertama selepas Ifedayo Omosuyi menyudahkan bola ke dalam gol.
Namun begitu, gol itu dibatalkan oleh pengadil perlawanan.
Separuh masa kedua menyaksikan Negeri Sembilan tanpa membuang masa terus mencari gol awal.
Flavio Beck mempersiakan 2 peluang apabila rembatan beliau melambung jauh dari sasaran gol.
Dikala tuan rumah leka mencari gol, Melaka United berjaya menjaringkan gol pada minit ke-49.
Tandukan Ifedayo memberikan pendahuluan buat pasukan pelawat dan memberi keriangan kepada penyokong Melaka United.
Negeri Sembilan kemudiannya terus menyerang untuk menjaringkan gol penyamaan namun gagal dilakukan oleh mereka.
Sebaliknya, Nasriq Baharom menjaringkan gol sendiri pada minit ke-65 selepas bola percubaan dari Yahor Zubovich terkena kaki kapten Negeri Sembilan itu.
Melaka United terus menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-66 menerusi Ifedayo apabila rembatan kali pertama beliau berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah.
Kini, jaringan menjadi 3-0.
Negeri Sembilan terus ditimpa malang selepas Angel Guirado dibuang padang.
Beliau menerima kad kuning kedua selepas menyiku Shahdan Sulaiman.
Ifedayo hampir sahaja menjaringkan hatrik di penghujung permainan namun tandukan padu beliau berjaya ditampan oleh penjaga gol tuan rumah.
Melaka United berjaya mendapatkan gol pada masa kecederaan namun begitu ianya dibatalkan oleh pengadil kerana ofsaid.
Selepas itu, Flavio Beck berjaya menjaringkan gol pada minit ke-90+2 menerusi satu rembatan padu yang membuatkan Khairul Fahmi terdiam sahaja di gawangnya.
Secara keseluruhannya, Melaka United jelas terlalu bagus untuk Negeri Sembilan.
Perlawanan nyata seimbang, namun perbezaan kualiti penyudah menjadikan Pertembungan Naning ini milik pasukan pelawat.
Keputusan penuh, Negeri Sembilan 1-3 Melaka United.
Kesebelasan utama
Negeri Sembilan: Kaharuddin Abdul Rahman (penjaga gol), Fauzan Fauzi, Nasriq Baharom (ketua pasukan), Flavio Beck, Aizulridzwan Razali, Ferris Danial, Fauzan Dzulkifli, Khairul Anwar, Faizal Abu Bakar, Aiman Khalidi, Angel Guirado
Melaka United: Khairul Fahmi (penjaga gol) (ketua pasukan), Nicolas Swirad, S. Sivanesan, Faris Shah, Ifedayo Omosuyi, Syahrul Azwari, Steven Thicot, Shahdan Sulaiman, Yahor Zubovich, Khair Jones, G. Puaneswaran
Pegawai perlawanan
Pengadil: J. Suresh
Penolong pengadil 1: Yusri Muhamad
Penolong pengadil 2: Hafiz Yusoff
Pengadil ke-4: Izzul Kamaruzzaman