QPR menerima hukuman yang membuatkan mereka perlu membyar kos £42 juta dikenakan oleh Liga Perdana ke atas mereka kerana melanggar Financial Fair Play (FFP).
Kesalahan itu mereka lakukan ketika perpindahan pemai musim 2013/14 di mana mereka memenangi promosi ke EPL. QPR menerima penggantungan daripada jendela perpindahan Januari akan datang.
Pada Oktober tahun lalu, QPR didenda oleh panel timbang tara sukan sebanyak £42 juta kerana berbelanja melampau pada 2013/14.
Namun status kelayakan mereka ke EPL pada ketika itu tidak perlu ada pertikaian.
QPR diminta membayar £17 juta kerana salah laku Financial Fair Play dan £3 juta lagi pampasan berkaitan perundangan dibayar kepada Liga Perdana.
Baki sekitar £21.9 juta lagi akan ditanggung oleh pemilik QPR dengan menukarkan status pinjaman kepada kelab kepada dana saham kelab.
QPR akan dibenarkan untuk mendapatkan pemain dan menstruktur gaji pemain pada musim hadapan namun dilarang mendaftarkan sebarang pemain pada Januari 2019.
Selain daripada QPR, Bournemouth dan Leicester juga didenda di atas kesalahan sama ketika memenangi promosi ke EPL dahulu. Namun denda mereka tidaklah sebesar yang dikenakan ke atas QPR.
Sebelum ini pemilik QPR, Tony Fernandes dan Lakshmi Mittal telah cuba menukarkan pinjaman £60 juta yang disuntuk kepada kelab mereka sebagai ‘exceptional item’. Butiran ini yang membuatkan QPR rugi £10 juta dalam laporan kewangan mereka.
EFL meningatkan kesemua pasukan untuk berbelanja secara berhemah dan tidak cuba menipu dalam butiran kewangan mereka.