MSL 2018: Sandro Jadi Titik Fokal Serangan Kedah, Cakar Red Giants

Banyak perkara yang telah berlaku buat kedua-dua pasukan sejak minggu ke-5 saingan Unifi Liga Super yang lalu.

Kedah FA bertukar pengendali. Selepas prestasi tidak menentu di saingan liga dan Piala FA, Ramon Marcote meninggalkan kem Lang Merah. Pihak pengurusan kemudiannya kembali menyandarkan harapan kepada bekas Ketua Jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff.

Kisah di kem Selangor juga tidak banyak berbeza. P.Maniam dilepaskan daripada tugasan sebagai pengendali untuk Muhammad Naziazmi mengambil alih.

Bezanya, Nazliazmi sudah melepasi ujian pertama dengan mengejutkan Terengganu FC 3-1 di Kuala Terengganu pada pertengahan Mac lalu. Manakala ini adalah perlawanan pertama di bawah kendalian sepenuhnya oleh Nidzam Adzha bersama Kedah pada musim ini.

Separuh masa pertama

Kedah selaku pasukan tuan rumah bermula garang. Setelah menekan dari awal, seawal minit ke-4 perlawanan Syazwan Zainon yang tidak dikawal menyambar hantaran lintang Andik Vermansah, untuk Kedah mendahului 1-0.

K. Kannan menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning pada minit ke-20 perlawanan, apabila menjatuhkan Sandro yang melakukan larian dalam satu serangan balas pantas pasukan Kedah.

Kredit: Kedah FA, Facebook.

Selangor turut hampir dihukum pada minit ke-24 selepas Sandro bijak melambungkan bola mencari Syazwan, namun pemain sayap itu terlalu mengambil masa untuk melakukan percubaan sebelum bola dihalang oleh pertahanan Selangor.

Kedah terus menguasai perlawanan, melakukan serangan bertali arus dengan hantaran-hantaran cantik.

Namun kegagalan mereka melakukan hantaran akhir yang lebih baik, menyebabkan gerakan-gerakan mereka tidaks menemui hasil yang dikehendaki.

Kredit: Kedah FA, Facebook.

Hantaran Syazwan Zainon pada minit akhir perlawanan memerangkap pertahanan Selangor, apabila Sandro yang tidak dicabar walau berhadapan beberapa pemain pertahanan Selangor melarikan bola sebelum merembat kencang untuk Kedah mendahului Selangor 2-0 di hadapan.

Babak pertama perlawanan akhirnya berakhir, dan Selangor jelas mempunyai ralat taktikal di bahagian pertahanan untuk diperbaiki.

Separuh masa kedua

Babak kedua perlawanan bermula tanpa sebarang perubahan oleh jurulatih kedua-dua pasukan.

Situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Kedah menyaksikan percubaan Azamyddin Akil terbias sebelum keluar melewati palang.

Kredit: Sukan Malaysia Online

Percubaan Amri Yahyah melaui sepakan percuma selang beberapa minit selepas itu, turut berjaya ditampan Ifwat untuk terus mengecewakan Selangor.

Selangor akhirnya dihukum sekali lagi apabila gerakan yang bermula dari Sandro dari luar kotak penalti, disudahkan sendiri oleh pemain import dari Brazil itu setelah menerima hantaran lintang daripada Baddrol Bakhtiar pada minit ke-65 perlawanan.

Sejurus selepas itu Akhyar Rashid terlepas peluang terbaik untuk menambah jaringan pasukan Kedah, apabila rembatan dari sebelah kiri gawang Selangor sekadar sipi.

Kredit: Sukan Malaysia Online

Baddrol turut berpeluang mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-79 perlawanan, namun sepakan percuma rendah oleh pemain berjersi No.7 ini sedikit sahaja sipi di sebelah gawang yang dikawal oleh Norazalan Razali.

Sandro terus menjadi titik fokal kepada gerakan berbahaya pasukan Kedah apabila hantarannya selepas itu berjaya menemui Akram Mahinan yang tidak dikawal, sebelum pemain itu mudah menolak masuk untuk Kedah mendahului 4-0.

Kedah terusmenguasai perlawanan sehingga wisel penamat, dan mengesahkan tiga mata berjaya disambar oleh Lang Merah pada malam ini.

Kesebelasan utama

Kedah: Mohd. Ifwat (PG), Alvaro Silva, Baddrol Bakhtiar, Sandro Silva, Khairul Helmi (K), Akram Mahinan, Rizal Ghazali, Halim Saari (Amirul Hisyam 75′), Syazwan Zainon (Syazwan Tajudin 76′), Ariff Farhan, Andik Vermansah (Akhyar Rashid 60′)

Selangor: Norazlan Razali (PG), A.Thevan, K.Kannan, Halim Zainal, Evan Dimas, Rufino Segovia, Azammuddin Akil (Shahrul Iqwan 54′), Razman Roslan, Ashmawi Yakin, Amri Yahyah, Ilham Udin

Pegawai perlawanan

Pengadil                    : Syed Khairol Annuar Syed Abidin
Penolong Pengadil 1: Muhammad Juhairi Idris
Penolong Pengadil 2: Suresh A/L Basgaran
Pegawai ke-4            : Muhammad Munir Mohd Izam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN