MSL 2018: 2 Kali Sandro Ikat Pahang Di Darul Makmur

Sebelum musim bermula, perlawanan Pahang vs Kedah dianggap perlawanan di antara 2 pesaing kejuaraan. Namun Kedah bergelut dengan prestasi mereka berbanding dengan pasukan Pahang.

Sandro menjadi penyelamat Kedah sebanyak 2 kali daripada ketinggalan di tangan Pahang.

Separuh masa pertama

Pasukan Pahang mendahului pada minit ke-10 selepas Alvaro tertampan bola ke gawang sendiri. Wan Zaharulnizam dan Vathanaka memainkan peranan penting dalam gol ini.

Sandro menyamakan kedudukan pada minit ke-18. Hasil gerakan pantas direncana Liridon yang melorongkan bola kepada Baddrol. Percubaan Baddrol gagal ditampan kemas Helmi Eliza.

Dolah Salleh melakukan pertukaran pemain pada minit ke-29 selepas Afif mengalami kecederaan. Bunyamin Omar dimasukkan.

Minit ke-35, Liridon dalam kedudukan 1 lawan 1 tetapi ‘extra touch’ beliau membuatkan bola gagal disempurnakan. Sandro menerima hantaran Liridon tetapi Helmi Eliza menafikannya.

Kurang seminit kemudian, Sandro kembali lagi melakukan percubaan dalam keadaan 1 lawan 1 namun dinafikakan Helmi Eliza sekali lagi.

5 minit sebelum rehat, Safuwan Baharuddin meletakkan Pahang di depan sekali lagi dengan percubaan deras daro luar kotak penalti. ‘Casual defending’ daripada pemain-pemain Kedah membawa padah.

Kredit foto: Pahang FA

Sebelum rehat, Kedah mencipta 1 peluang gol tetapi percubaan Baddrol ditampan pertahanan Pahang.

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua, Sandro sekali lagi menyamakan kedudukan untuk pasukan Kedah pada awal babak kedua.

Ianya berpunca daripada Sepakan percuma Liridon yang gagal ditampan kemas Helmi Eliza dan Sandro melakukan tindakan susulan.

Pada minit ke-55 Patrick Cruz melakukan percubaan yang ditampan oleh Ifwat.

Selepas itu kedua-dua pasukan memasukkan 2 pemain yang memberikan tenaga di bahagian sayap iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.

Insiden panas berlaku pada masa kecederaan melibatkan Patrick Cruz dan Rizal Ghazali. Rizal membentes Cruz. Cruz bangun dan tercucuk muka Rizal Ghazali yang terus berguling kesakitan.

Kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Tiada tambahan jaringan lagi selepas itu dan perlawanan tamat dengan keputusan 2-2.

Keputusan seri ini membuatkan Pahang dijarakkan lagi dengan 6 mata daripada pendahulu JDT. Kedah pula kini hanya dibezakan 4 mata daripada zon penyingkiran meskipun mereka berada di pertengahan liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN