5 Momen El Clasico Andres Iniesta Yang Kita Ingati

Ernesto Valverde berharap Iniesta akan dapat bermain dalam el clasico terakhir beliau pada hari ini. Berikut adalah antara 5 detik terbaik beliau untuk pertarungan panas ini.

1. El clasico Ronaldinho 2005

Barcelona menang 0-3 di Bernabeu pada 19 November 2005. Hari di mana Lionel Messi masuk ke dalam padang buat pertama kali untuk Barcelona.

Iniesta pasti ingat akan detik di mana beliau melihat penyokong Real Madrid memberikan tepukan kepada Ronaldinho.

2. Real Madrid 2 Barcelona 6

Pada Mei 2009, Real Madrid dibelasah 2-6 di Bernabeu oleh Barcelona. Barca mengakhiri rekod 18 perlawanan tak kalah Real Madrid. Real turut menang 17 daripada 18 perlawanan terakhir tersebut.

Barcelona bukan sahaja menghentikan ‘streaks’ cemerlang itu tetapi turut menamatkan harapan Real Madrid untuk menjuarai La Liga. Real turut dimalukan dengan jaringan 2-6 di hadapan penyokong sendiri.

Iniesta dan Xavi bermain sangat baik dan dominan di tengah berhadapan dengan Gago dan Lassana Diarra.

Iniesta turut mencipta 2 gol pertama untuk Lionel Messi.

3. Barcelona 5 Real Madrid 0

Iniesta dan Xavi Hernandez sekali lagi menjadi nadi penting dalam perlawanan di mana Barcelona membelasah Real Madrid 5-0 di Nou Camp pada 29 November 2010. Real Madrid ketika itu dibimbing Jose Mourinho.

Iniesta melakukan ‘killer pass’ kepada Xavi untuk gol pertama. Beliau juga hampir menjaringkan gol ke-5 tetapi tak dapat menjangkau bola dan Jeffren menyudahkannya.

Ianya juga perlawanan yang sangat signifikan dengan David Villa.

4. Bantuan gol UCL 2011

‘Assist’ beliau pada separuh akhir kedua UCL 2011 telah meletakkan Barcelona 3-0 secara agregat. Perlawanan kedua itu berakhir 1-1 selepas kemenangan 2-0 Barcelona pada perlawanan pertama.

Barcelona menjuarai UCL musim tersebut dengan kemenangan 2-1 ke atas Manchester United.

5. Penghargaan dari Bernabeu

Jika sebelum ini beliau menyaksikan Ronaldinho mendapat ‘standing ovation’ daripada penyokong Real Madrid, kali ini, pada 21 November 2015, giliran beliau pula menerimanya.

Bukan semua pemain Barcelona mampu mendapatkan penghargaan tersebut daripada penyokong Real Madrid. Barcelona menang 0-4 di Bernabeu dan Iniesta menjadi nadi penting di tengah.

Beliau turut mencipta gol untuk Neymar, meletakkan Barcelona 2 gol di hadapan. Iniesta dan Neymar berganding sekali lagi untuk gol ke-3. Kali ini Neymar mengumpan untuk beliau dengan ‘backheel’ dan disudahkan Iniesta.

Suarez menutup malam suram untuk Real Madrid dengan gol ke-4. Iniesta dikeluarkan selepas itu dan beliau menerima penghargaan daripada Bernabeu.

Itulah serba sedikit tentang beberapa momen el clasico Iniesta. Ada lagi yang anda ingat? Selamat hari el clasico!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN