MPL: Sergio Aguero Ledak Dua Gol, Bantu Pulau Pinang ‘Haria’ Kelantan 4-1

Penyerang import baru Pulau Pinang -Sergio Aguero  menjaringkan dua gol pada penampilan sulungnya bersama pasukan itu untuk membantu menewaskan Kelantan 4-1 di Stadium Bandaraya, semalam.

Kemenangan bergaya itu kembali menghidupkan peluang Pulau Pinang untuk keluar dari zon penyingkiran Liga Premier selepas berdepan kemelut prestasi tidak menentu ketika mengharungi separuh saingan liga sebelum ini.

Pada perlawanan itu, tuan rumah bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus dalam usaha memburu gol awal sebaik perlawanan bermula.

Ternyata usaha Pulau Pinang itu berhasil apabila Julian Bottaro menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-5 perlawanan.

Malaysian Football League @MFL_MY

Gol pedahuluan itu nyata membantu memperkemaskan skuad kendalian Manzoor Azwira dalam usaha menambah jaringan walaupun Kelantan juga berusaha untuk menyamakan kedudukan.

Namun Pulau Pinang lebih unggul selepas pemain import dari Korea Selatan, Kang Seung-jo meledak gol kedua pada minit ke-39 menerusi sepakan percuma menewaskan penjaga gol, Abdul Arif Abdullah.

Sebaik babak kedua bersambung, Pulau Pinang terus menambah derita Kelantan yang dibimbing oleh Yusri Che Lah apabila kelincahan penyerang baru – Sergio Aguero berjaya menghasil gol ketiga pada minit ke-47.

Selang 10 minit selepas itu, Aguero sekali lagi meletakkan Pulau Pinang jauh meninggalkan pelawat dengan menyempurnakan gol kedua hasil hantaran lintang Bottaro

Kelantan yang turun tanpa khidmat pemain import tetap berusaha menghasilkan gol di Stadium Bandaraya dan akhirnya pemain gantian, Amirul Shafik berjaya menjaringkan gol saguhati diminit ke-79.

Keputusan tersebut membawa Pulau Pinang menduduki tangga ke-8 dengan mengumpul 12 mata, sementara pasukan The Red Warriow terus kekal berada dikedudukan tercorot dengan mengumpul 8 mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN