MPL: Kuala Lumpur, Terengganu Ke Liga Super, Buat Perhitungan Untuk Kejuaraan

Semalam berlangsung 5 perlawanan Liga Perdana Malaysia. Tumpuan terarah kepada aksi melibatkan Kuala Lumpur dan Terengganu.

Kuala Lumpur kembali selepas 5 tahun!

Kali terakhir Kuala Lumpur beraksi di liga utama adalah pada 2012.  2 gol jaringan Guillherme De Paula mengesahkan kemaraan mereka ke Liga Super musim hadapan.

De Paula jelas menjadi pemain yang penting untuk Kuala Lumpur musim ini.

Dikenali dengan jolokan Wak Doyok, beliau adalah penyelesaian utama Kuala Lumpur Syndrome , di mana pasukan ibu kota tersebut kerap berhadapan dengan masalah konsistensi pada separuh kedua musim liga.

Photo by Zureehan Zakaria / www.asiana.my

Dengan baki 1 perlawanan lagi, Kuala Lumpur menjarakkan diri 4 mata di hadapan pasukan di tempat ke-6 Negeri Sembilan.

Terengganu hilang hanya semusim

Irfan Bakti lulus sekali lagi! KPI utama beliau adalah untuk mengembalikan Terengganu ke Liga Super. Ini selepas prestasi mengejutkan mereka musim lalu menyebabkan Sang Penyu tersingkir.

Terengganu menang bergaya 3-0 ke atas PDRM dalam perlawanan semalam. Sekaligus terus menyamakan pungutan mata mereka dengan pasukan Kuala Lumpur.

Terengganu berhadapan dengan prestasi tidak menentu dalam menuju ke rehat separuh musim. Namun mereka memperbaikinya semula dan konsisten mencipta kemenangan di dalam perlawanan penting.

Lain-lain keputusan

JDT 2 membelasah Perlis 1-5 di tempat lawan. Meletakkan pasukan Singa Utara di ambang bahaya untuk tersingkir ke Liga FAM musim hadapan.

ATM dan MISC-MIFA berkongsi 1 mata dan juga 1 gol dalam perlawanan di antara pasukan tercorot. Persaingan untuk kekal di Liga Perdana masih terbuka.

Negeri Sembilan menang 1-0 ke atas UiTM namun mereka tetap kecewa sekali lagi musim ini. Bermula cemerlang pada awal musim tetapi berhadapan krisis konsistensi.

Nampaknya, harus diucapkan, cuba lagi tahun hadapan Jang. Penyokong Negeri Sembilan masih teringat episod musim lalu di mana situasi yang hampir sama berlaku. Mereka gagal menjadi pesaing dalam pusingan ke-2

Pertarungan 2 penjuru di antara Terengganu dan Kuala Lumpur dalam perlawanan terakhir. 2 pasukan ini sudah sah mara dan kemaraan itu pasti lebih manis jika disulam dengan status juara.

Kuala Lumpur hanya perlu menang dengan sebarang keputusan kerana jumlah perbezaan jaringan mereka sangat tinggi.

Siapa akan juara musim ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN