Angela Merkel: “Untuk Menang Pilihanraya, Perlukan Taktik Seperti Dalam Bola Sepak”

Semua sudah maklum bahawa kejutan telah berlaku dalam pilihan raya Jerman pada beberapa hari lalu. Parti pentadbir utama Jerman, Christian Democratic Union (CDU) kehilangan kerusi kepada parti pembangkang termuda, Alternative of Germany.

Ada kemungkinan berlaku sekali lagi kerajaan campuran pimpinan Angela Merkel. Angela Merkel kini menjawat jawatan Canselor Jerman. Beliau memegang tampuk kepimpinan negara itu sejak 2005.

Menonton bola sepak

Canselor Jerman bersama legenda bola sepak Jerman, Philipp Lahm.

Sempena pilihan raya Jerman, Philipp Lahm telah dipilih media Jerman, Bild untuk menemuramah Canselor Jerman itu.

Angela Merkel mengakui beliau menonton bola sepak sewaktu remaja. Malah beliau menonton perlawanan sewaktu era kewujudan Jerman Timur.

Angela dibesarkan di Jerman Timur sebelum Jerman disatukan pada 1990. Semasa dilantik ke jawatan tertinggi Jerman itu, ada persoalan timbul dalam kalangan rakyatnya mengenai adakah beliau meminati bola sepak.

Prihatin

Angela Merkel (ungu) sewaktu menonton perlawanan UEFA Champions League 2012. Sumber: The Telegraph.

Semasa Piala Dunia 2006, Angela bertemu pemain Jerman di Dortmund selepas perlawanan separuh akhir. Ketika itu tuan rumah tewas kepada Itali.

Beliau juga menjemput skuad negara itu untuk jamuan makan malam di kediaman rasminya. Angela Merkel pernah dilihat bersama Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk menonton perlawanan akhir UEFA Champions League 2012.

Kelab England itu menewaskan Bayern Munich melalui sepakan penalti 4 berbalas 3.

Pilihan raya dihadapi

Canselor Jerman itu menganggap pilihan raya dihadapinya seperti perlawanan bola sepak yang besar. Ia juga dianggap sebagai penting dan beliau mahu apa yang terbaik.

Malah, Angela sendiri bersikap tidak mahu terlalu pasif. Ini kerana imejnya menggambarkan testimoni kepada mata dunia.

Jerman menghadapi kesukaran dan kestabilan selepas keputusan pilihan raya yang mengejutkan. Walaupun ia sudah diramal banyak pihak keputusannya. Bukan apa, Jerman salah satu gergasi dalam Kesatuan Eropah, malah imejya dihormati oleh dunia.

Termasuk berkaitan bola sepak!

Sumber: The Bild (2017); Merkel Im Interview Mit Philipp Lahm; http://www.bild.de/politik/inland/bundestagswahl2017/merkel-im-interview-mit-philipp-lahm-53235406.bild.html:

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN