MPFL 2020: Touhid Lotfi Rekrut Terbaharu Perak Futsal

Touhid Lotfi

Meskipun peminat futsal tanah air mendapat pengkhabaran kurang enak berikutan saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) turut akan ditunda selepas aksi pertama yang bakal berlangsung hujung minggu ini, Perak Futsal sedikit mengalih perhatian semua apabila mengumumkan kehadiran pemain import berbakat dari Iran, Touhid Lotfi.

Lotfi yang kini berusia 22 tahun bukanlah calang-calang pemain kerana beliau hadir ke Perak dengan reputasi sebagai calon pemain muda terbaik dunia bagi dua tahun berturut-turut (2017 dan 2018), anugerah yang dianjurkan portal futsal antarabangsa terkenal iaitu Futsal Planet.

Touhid Lotfi sebelum ini pernah beraksi bersama kelab futsal ternama Iran, Mes Sungun Varzaghan FSC yang menyaksikan beliau turut membantu kelab tersebut muncul juara Kejuaraan Futsal Kelab AFC 2018 di Jogjakarta, Indonesia setelah menumpaskan wakil dari Vietnam, Thai Son Nam dengan keputusan 4-2.

Kelibat Lotfi mula mencuri tumpuan selepas beliau mempamerkan aksi cemerlang ketika memimpin skuad bawah 20 tahun Iran menjuarai Kejuaraan Futsal B-20 AFC 2017 di Bangkok, Thailand. Pemain fixo Perak Futsal, Muhammad Farikh Khabibor Rahman mewakili skuad negara pada kejohanan ini.

Di samping berjaya menjaringkan enam gol sepanjang kejohanan, jaringan hatrik Touhid Lotfi ketika aksi separuh akhir menentang Thailand nyata melonjakkan namanya sekaligus dipilih sebagai ‘Pemain Paling Bernilai Kejohanan’.

Selepas itu beliau mengecap nikmat selaku pemenang Kejuaraan Futsal AFC 2018 yang bertempat di Chinese Taipei.

Kehadiran Touhid Lotfi ke dalam pasukan Perak ini jelas dapat menambah kekuatan pasukan yang menduduki tangga keempat saingan MPFL musim lalu.

Perak akan memulakan saingan MFPL 2020 dengan menentang Negeri Sembilan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam pada jam 5.45 petang esok. Para penyokong bagaimanapun tidak dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan itu di stadium atas larangan yang dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Perak Futsal:

Kredit foto: Tasnim News Agency

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN