Zakry Asraf Intai Gelaran Juara Piala Raja Iskandar Dzurkarnain Buat Kali Kedua

Zakry Asraf

Pemain futsal Perak, Muhamad Zakry Asraf Roslan berazam untuk membantu pasukan ‘Yob’ itu merintis permulaan cemerlang menjelang sepak mula musim baharu Liga Premier Futsal Malaysia dengan menjuarai Piala Raja Iskandar Dzurkarnain 2020.

Kejohanan Futsal Antarabangsa Powernet yang bakal bermula esok itu menyaksikan Perak akan berdepan wakil Indonesia, Bank Sumut Cabkor Medan pada jam 9.00 malam di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Bekas pemain skuad futsal bawah 20 tahun negara itu turut melihat kejohanan empat penjuru ini merupakan medan terbaik buat pasukan Perak dalam merangka persiapan mantap menjelang MPFL 2020 yang dijadualkan bermula 14 Mac nanti.

”Menjadi impian setiap pemain untuk menjuarai kejohanan disertai, begitu juga buat saya dan rakan sepasukan yang lain.”

Zakry membuat penampilan bersama Perak dalam saingan Piala Raja Iskandar Dzurkarnain pada usia 16 tahun.

”Sejujurnya, muncul juara Piala Raja Iskandar Dzurkarnain mampu untuk meningkatkan moral pasukan, selain dapat memberikan lebih keyakinan untuk kami menghadapi kempen MPFL nanti.”

”Sekiranya kami dapat muncul juara, ia dapat menjadi permulaan yang baik untuk pasukan. Oleh itu saya sememangnya berazam untuk membantu Perak menjuarai saingan ini.”

Dalam perkembangan sama, Zakry Asraf turut mahu rakan sepasukannya berwaspada dengan cabaran yang bakal diberikan tiga pasukan lain.

”Saya dan rakan sepasukan tidak boleh terlalu selesa kerana pasukan yang bertanding juga tidak kurang hebatnya.”

”Sebagai contoh, CAT Futsal Club merupakan pasukan yang baru sahaja dinaikkan pangkat untuk beraksi di saingan utama Liga Futsal Thailand manakala Bank Sumut juga adalah pasukan dalam Liga Futsal Profesional Indonesia.”

”Tambahan pula Bank Sumut dibimbing bekas jurulatih kami iaitu ‘Coach’ Qusmaini Noor Rusli. Beliau pastinya sudah arif dengan kelemahan dan kelebihan kami. Itu membuatkan tugas kami tidaklah semudah yang disangka dalam kejohanan ini.”

”Tetapi sejujurnya saya dan rakan sepasukan sudah pasti akan memberikan 100% usaha untuk menjelmakan keputusan yang memberangsangkan.”

Zakry meraikan kejayaan muncul juara sulung Piala Raja Iskandar Dzurkarnain 2016.

Piala Raja Iskandar Dzurkarnain mempunyai makna yang cukup besar buat Zakry Asraf kerana bekas kapten skuad bola sepak SMK Anderson itu pernah memenangi kejohanan tersebut pada tahun 2016.

Ketika itu Piala Raja Iskandar Dzurkarnain menampilkan lapan pasukan bawah 19 tahun dan Perak muncul juara sulung pada kejohanan yang berlangsung di Arena UPSI, Tanjung Malim.

Kredit foto: Perak Futsal

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN