MPFL 2019 (Wanita): Taktikal Powerplay Selamatkan Kuala Lumpur, Kongsi Mata Bersama Perak

Kuala Lumpur

Taktikal ‘Powerplay’ yang digunakan pada lewat permainan menyelamatkan Kuala Lumpur dari mengalami kekalahan apabila mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 bertemu Perak di Stadium Sultan Abdul Halim, sebentar tadi.

Kuala Lumpur yang turun beraksi selaku pendahulu liga memperoleh jaringan pendahuluan pada minit kelapan menerusi, Zur’Ain Kamarudin.

Gerakan serangan yang dilancarkan bersama Hanis Farhana Shamsul Azizan dalam kawasan D Perak itu disudahkan dengan baik pemain kebangsaan berusia 22 tahun itu.

Aksi selepas itu terus didominasi Kuala Lumpur yang beberapa kali menjelmakan serangan berbahaya tetapi tidak berupaya menambah jaringan.

Bagaikan mendapat tonik berguna di bilik persalinan pada masa rehat, Perak tampil dengan lebih meyakinkan di babak kedua.

Jaringan penyamaan yang diidamkan Perak menjelma pada minit ke-23 selepas ketua pasukan, Nuraiin Syafika Omar menolak masuk bola hantaran Rabiah Bishriyah Abdul Kadir.

Gol tersebut jelas mengubah tempo permainan sekaligus kembali merancakkan aksi yang sedikit hambar pada babak pertama.

Farahiyah Ridzuan melonjakkan kegembiraan buat kem Perak selepas percubaan jarak jauh diledakkannya  pada minit ke-30 berjaya memerangkap penjaga gol Kuala Lumpur, Noorasyeimah yang sedikit keluar dari posisinya.

Kuala Lumpur yang terdesak mencari jaringan penyamaan menggadakan asakan ke kubu Perak dengan segala usaha yang dijelmakan termasuk menggunakan taktikal ‘powerplay’.

Pendekatan itu nyata membuahkan hasil apabila Noor Hedayah Md Amin berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-39 untuk menyelamatkan Kuala Lumpur dari menerima kekalahan pertama mereka musim ini.

Keputusan 2-2 itu masih meletakkan Kuala Lumpur di tangga pertama, namun kedudukan itu akan dipintas Selangor sekiranya mereka berjaya menundukkan Kedah pada aksi yang berlangsung sebentar lagi.

Ini merupakan kali kedua Kuala Lumpur dan Perak terikat selepas kedua-dua pasukan turut seri 1-1 pada aksi sirkit pertama di Ipoh, bulan lalu.

Pemain terbaik perlawanan: Zur’Ain Kamarudin (Kuala Lumpur)

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN