MPFL 2019: Perak & KL City FC Berkongsi Satu Mata Selepas Terikat 4-4

Perak

Perak berjaya mengelak daripada menerima kekalahan dihadapan penyokong sendiri selepas terikat 4-4 berdepan KL City FC pada aksi keempat Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019, sebentar tadi.

Permainan menarik disaksikan di Stadium Indera Mulia apabila kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan dengan lima gol terhasil pada babak pertama.

Tuan rumah lebih terlebih dahulu membuka jaringan pada minit keempat selepas Muhamad Razin A Rahim yang tidak dikawal pemain KL City dengan tenang menolak masuk hantaran Muhammad Shamar Fadzil hasil sepakan percuma.

Kelebihan itu hanya bertahan tiga minit setelah pemain KL City FC, Muhammad Muzhaffar Mohd Tahar menyamakan kedudukan.

Berpunca daripada satu serangan balas pantas, Muzhaffar tidak berdepan membolosi penjaga gol Perak, Nur Hazim Suleiman.

Kedudukan berubah hanya selepas seminit kemudian apabila Muhammad Firdaus Zulkefli menyempurnakan lorongan cantik dari Razin untuk menjadikan kedudukan 2-1 buat Perak.

Skrip sama berulang setelah KL City FC yang dibimbing Jerry Dinesh Pireira menyumbat gol penyamaan pada minit ke-13 juga hasil serangan balas pantas. Kali ini disudahkan oleh Izza Muhammad Hassan Bostaman.

Ketika aksi babak pertama hanya berbaki seminit, Muhamad Zakry Asraf Roslan menggamatkan stadium dengan jaringan ketiga Perak berpunca daripada ‘setpiece’ yang dicipta Mohd Ridzwan Bakri.

Corak permainan menarik diteruskan pada babak kedua dengan KL City tidak menunggu lama bagi menjadikan kedudukan 3-3 di minit ke-21 menerusi Muzhaffar.

Kapten KL CIty FC itu melengkapkan hatrik pada minit ke-28 selepas beliau bijak menolak masuk bola berikutan gerakan solo menarik yang dilancarkan Yakish Rao.

Muhammad Farikh Khabibor Rahman menyelamatkan maruah Perak daripada menerima kekalahan ketiga musim ini apabila jaringannya pada minit ke-38 menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan 4-4.

Pemain terbaik perlawanan: Muhammad Muzhaffar Mohd Tahar (KL City FC)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN