MPFL 2019: Pahang Rangers Leburkan Rekod Tanpa Kalah Selangor Di Kuantan

Pahang Rangers

Pahang Rangers berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019, Selangor selepas mencatatkan kemenangan 4-2 di Stadium Tertutup SUKPA, sebentar tadi.

Tuan rumah yang begitu mengharapkan kemenangan pada perlawanan ini tidak menunggu lama untuk berada dihadapan apabila Firdaus Ambiah membuka tirai jaringan seawal minit pertama.

Bekas pemain kebangsaan itu bijak membaca umpanan dilakukan Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin di hadapan pintu gol Selangor dan mudah menolak masuk bola untuk gol pertama buat Pahang.

Firdaus sekali lagi menjadi igauan ngeri buat penjaga gol Selangor, Azrul Hadee Mohd Taufiq berselang dua minit kemudian setelah rembatannya dari luar kawasan D terus menerjah gawang bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Pahang kelihatan terus bernafsu menambah jaringan dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya tetapi usaha mereka digagalkan kecemerlangan penjaga gol gantian.

Selangor berjaya mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-11 menerusi percubaan kaki kiri Muhammad Fariq Mohammad dalam kawasan D selepas menerima hantaran daripada Shamsul Akmar Zamri.

Fariq hampir menyamakan kedudukan apabila percubaan ‘first timer’ pada minit ke-17, namun ledakannya itu sekadar singgah di tiang gol.

Hanya seminit permainan kembali bersambung, Norkhairi Rahman melonjakkan kegembiraan buat ribuan penyokong setia Pahang Rangers.

Rembatan ‘first timer’ hasil hantaran Iskandar Harun itu terus melepasi jangkauan Azrul Hadee bagi mengukuhkan kedudukan Pahang Rangers.

Tidak mahu terus ditinggalkan jauh, Selangor yang dibimbing Addy Sharullyzam menghasilkan jaringan kedua berselang seminit kemudian.

Jaringan tersebut berpunca daripada tolakan mudah Shamsul Akmar selepas menerima umpanan cantik daripada Mohammad Hafiz Ramle.

Pahang hampir menambah jaringan pada minit ke-29 tetapi rembatan Ahmad Harith Naim berjaya dikeluarkan Hafiz Ramle di atas garisan gol.

Selangor yang tertekan mahu mendapatkan jaringan penyamaan menggunakan taktikal ‘power play’ ketika aksi berbaki lebih kurang tiga minit untuk ditamatkan.

Bagaimanapun taktikal itu memakan diri apabila kealpaan pemain Selangor digunakan sepenuhnya oleh Mohd Azwann Ismail bagi menjadikan kedudukan 4-2 sekaligus menghadiahkan kemenangan yang begitu diharapkan skuad bimbingan Taufik Yahyah itu.

Dengan kemenangan ini, Pahang Rangers hanya ketinggalan satu mata (25 mata) dibelakang Selangor dan lebih menarik mereka kekurangan satu perlawanan berbanding pendahulu liga tersebut.

Kredit foto: Football Association of Malaysia (Official)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN