MPFL 2019: Hatrik Akil Khalis Bantu Terengganu FC Tumbangkan Pulau Pinang

Akil Khalis, Terengganu FC

Jaringan hatrik Akil Khalis membantu Terengganu FC untuk meraih kemenangan sulung dalam aksi minggu ketiga Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL 2019) di Stadium Negeri, malam tadi.

Beraksi di halaman sendiri memberikan kelebihan buat skuad kendalian Mohd Rozairi Ahmad untuk mendahului aksi di babak pertama sebelum menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-1.

Seperti kebiasaan, Pulau Pinang akan ketinggalan terlebih dahulu apabila Akil Khalis berjaya meledak gol pembukaan di minit ke-7 hasil gerakannya satu dua bersama Mohd Hafiz Ismail.

Ketinggalan satu gol, Pulau Pinang cuba bangkit untuk memberi saingan kepada tuan rumah dan hasilnya Amirul Ismail berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-13.

Ianya hasil rembatan kencang Amirul Ismail dari luar kotak penalti dan sebagaimana aksi menentang Kuala Lumpur tempohari, jaringannya adalah permulaan kebangkitan Pulau Pinang.

Begitupun, empat minit berselang, berpunca daripada sepakan percuma dari sebelah kiri, Akil Khalis membantu Terengganu FC untuk mendahului perlawanan sebelum aksi babak pertama tamat.

Selain ketajaman Akil Khalis, ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Tengku Azraf Fahmi juga memastikan pelawat gagal menambah jaringan gol untuk kembali menyamakan kedudukan.

Terengganu FC, MPFL 2019
FOTO: Terengganu Futsal Official

Dan akhirnya, di minit ke-24, Akil Khalis melengkapkan hatriknya apabila rembatan derasnya dari sebelah kanan gawang gol telah berjaya menewaskan Idham Osman buat kali ketiga.

Tiada lagi kebangkitan dramatik mampu dihasilkan Pulau Pinang pada aksi minggu ini apabila turut kehilangan tiga tonggak berpengalaman yang mengalami kecederaan.

Pulau Pinang kini jatuh satu kedudukan ke kedudukan ke-4 liga dengan Terengganu FC berjaya memintas kedudukan ketiga dan kedua-dua pasukan terikat dengan jumlah mata yang sama.

Dan, Pulau Pinang berisiko untuk jatuh lagi apabila Kuala Lumpur atau Perak yang akan bertembung pada hari ini berjaya menang dan Kedah pula akan kembali turun beraksi pada minggu ke-4 menentang Melaka United di halaman lawan pada Sabtu depan.

Pulau Pinang pula akan melalui perlawanan sukar berdepan pendahulu liga, Selangor di halaman sendiri. Kehilangan mata bakal membawa mereka turun lagi daripada kedudukan sekarang.

Kredit Foto: NSTP/Rozainah Zakaria

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN