MPFL 2019: Empat Jaringan Fariq Mohammad Bantu Selangor Lakar Kemenangan 5-0 Atasi Perak

Fariq

Selangor melaungkan amaran awal bakal menjadi salah sebuah pasukan pilihan dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL 2019) selepas membelasah Perak 5-0 pada perlawanan sebentar tadi.

Penyokong yang membanjiri Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam pada malam ini nyata telah disajikan dengan aksi futsal cukup berkualiti.

Variasi serangan berbahaya dijelmakan serta ketangkasan para pemain Selangor dan Perak benar-benar membuktikan taraf liga futsal ini berada di kelas yang tersendiri.

Selangor

Aksi di babak pertama menyaksikan Perak mencipta deretan peluang keemasan terutamanya menerusi dua pemain utama kebangsaan, Mohd Ridzwan Bakri dan Mohamad Awalluddin Mat Nawi.

Ketangkasan penjaga gol Selangor, Azrul Hadee Mohd Taufiq bagaimanapun menggagalkan setiap percubaan yang diledakkan skuad bimbingan Ruzaley Aziz itu.

Dalam keghairahan Perak mencipta serangan, Selangor yang kadangkala turut mengancam kubu pasukan pelawat menceriakan penyokong mereka pada minit ke-15.

Jaringan itu berpunca daripada rembatan tonjol yang diledakkan Muhammad Akmal Hakimi Mohd Zain berjaya ditepis Mohd Firdaus Razali.

Muhammad Fariq Mohammad yang tidak dikawal pemain Perak di hadapan pintu gol dengan mudah menolak bola untuk gol pembukaan perlawanan.

Fariq yang merupakan kapten pasukan Selangor menggandakan kedudukan pada minit kelapan apabila beliau meledakkan rembatan ‘first timer’ susulan hantaran dilakukan Muhammad Shamsul Akmar Zamri ketika situasi sepakan sudut.

Corak permainan pantas terus dipamerkan sebaik sahaja aksi babak kedua bersambung. Azrul Hadee dan Mohd Firdaus terus menjadi watak penting kedua-dua pasukan dalam menyelamatkan percubaan demi percubaan yang hadir.

Fariq muncul pemain pertama yang meledakkan hatrik dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia 2019 apabila beliau melakukannya pada minit ke-34.

Perak

Malang terus menimpa Perak setelah kapten, Shamar Fadzil diperintah keluar padang apabila menerima kad kuning kedua.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Selangor bagi menambah gol keempat di minit ke-36. Gol keempat itu juga telah dihasilkan oleh Fariq untuk jaringan keempat peribadi beliau.

Mohd Ridhwan Zainal melengkapkan pesta jaringan Selangor ketika perlawanan berbaki seminit sekaligus menghadiahkan permulaan cukup cemerlang buat skuad gergasi merah.

Pemain terbaik perlawanan: Muhammad Fariq Mohammad (Selangor)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN