Malaysia Juarai Gamergy La Liga eSport Di Madrid, Tewaskan Juara Sepanyol

Pasukan Malaysia sekali lagi menjadi juara Gamergy La Liga eSport pada tahun ini apabila menang bergaya dengan menewaskan wakil Sepanyol, La Liga eSports Team di Ifema, Madrid.

Perlawanan yang berlangsung di ibu pejabat La Liga itu seolah-olah perlawanan timbal balik kerana kejohanan yang sama telah berlangsung di Sunway City pada April lalu. Dalam kejohanan tersebut, Malaysia telah muncul juara melalui gandingan Amirul ‘AmTuah’ Afandi dan FF Shinge.

Diuruskan oleh Team Gamesbond, Malaysia telah menghantar duo baru yang menggandingkan Muhammad Luqman ‘Fenrir’ Haziq Hajiman dan Ahmad Shahrin Shaharudin sebagai wakil yang bakal mencabar juara tuan rumah.

Dalam pertandingan yang menggunkan format ‘best of three’ tersebut, setiap pasukan bakal melakukan ‘player pick’ untuk membina sebuah pasukan mantap menggunakan pemain dari La Liga.

Berikut merupakan barisan pemain yang dipilih oleh wakil Malaysia;

Dalam perlawanan ‘best of three’ tersebut, Malaysia memulakan langkah kanan apabila memenangi pusingan pertama dengan jaringan 2-1. Pasukan La Liga eSport Team pula berjaya menyamakan mata apabila memenangi pusingan kedua melalui sepakan penalti setelah perlawanan terikat 2-2.

Malaysia bagaimanapun menunjukkan permainan sebenar apabila memenangi pusingan terakhir dengan jaringan 2-0. Kejuaraan ini menyaksikan team Malaysia membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak 4000 Euro.

Bercakap kepada wakil SemuanyaBOLA, Shahrin menyatakan yang pada mulanya beliau sudah menjangkakan yang Malaysia mampu muncul juara.

“Saya berasa sangat gembira dengan kemenangan ini. Kami bukan tak menjangkakan kemenangan ini, kami jangkakan dengan kehadiran Fenrir selain sesi-sesi latihan yang telah kami lakukan.”

“Saya berharap dapat mewakili Malaysia lagi ke kejohanan-kejohanan antarabangsa dan dapat layak ke FUT Champions Cup,” tambah pelajar UiTM Shah Alam, jurusan ACCA yang berumur 19 tahun itu.

Rakan sepasukan Shahrin, Fenrir pula sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada team Gamesbond, pihak La Liga dan jurulatih pasukan, AmTuah kerana telah banyak memberikan nasihat dan pandangan ketika perlawanan berlangsung.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya, Shahrin kerana biarpun kali pertama kami berganding bahu, ia adalah salah satu pertandingan yang besar, kami berjaya menewaskan antara pemain FIFA terbaik dunia dengan menyakinkan,” jelas Fenrir.

Fenrir, 22 tahun yang merupakan pelajar jurusan perakaunan di Universiti Malaya turut menyasarkan lebih banyak kejuaraan di peringkat antarabangsa di masa depan.

“Saya berharap ini merupakan permulaan kemenangan berterusan saya di peringkat antarabangsa, moga-moga di masa akan datang saya akan menang lebih banyak kejohanan besar seperti FIFA eWorld Cup dan eChampions League. Semua ini merupakan perancangan saya untuk FIFA 2019.”

Kejayaan Seluruh Komuniti FIFA Malaysia

Menurut Suki Lee, pemilik pasukan Gamesbond yang bertanggung jawab menguruskan pasukan Malaysia ke kejohanan ini, menyatakan yang ia sebenarnya kejayaan bersama komuniti FIFA di tanah air dan bukan hanya milik mereka.

“Satu pengalaman baru buat Gamesbond. Banyak perkara yang kami perlu lalui sebelum sampai ke Madrid ini, namun dengan berkat doa dan sokongan peminat e-sukan terutamanya komuniti FIFA, kami Berjaya merangkul kejuaraan kali ke-2 berdepan La Liga eSports Team.”

eSukan Malaysia Setanding Sepanyol

Bercakap kepada wakil SemuanyaBOLA, Amirul ‘AmTuah’ Afandi yang diberi kepercayaan sebagai jurulatih bagi pasukan ini, menyatakan yang kemenangan ini adalah perkara yang sangat positif bagi penggiat e-sukan di Malaysia.

Dengan nada bergurau, AmTuah menyatakan yang mungkin sukan bola sepak sebenar Malaysia di padang mungkin tidak sebagus pasukan Sepanyol, namun dalam arena e-sukan, kita sudah mampu mendabik dada kerana telah mampu menyaingi dan mengatasi mereka.

Tahniah pasukan Malaysia!

 

 

Kredit Gambar: Gamesbond

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN