MPFL 2019: Berkongsi Mata Dengan Pahang Rangers, Selangor Kekal Di Puncak Liga

Selangor

Perlawanan menarik antara Selangor dan Pahang Rangers berkesudahan dengan keputusan seri 3-3 pada aksi ketujuh Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, sebentar tadi.

Kehangatan pertembungan ‘top of the table’ itu amat dirasai apabila tiket perlawanan dikhabarkan habis dijual pada sebelah petang.

Aksi di gelanggang juga menarik untuk disaksikan dengan Selangor dilihat lebih mengancam kubu Pahang Rangers hasil 20 percubaan yang diledakkan pada separuh masa pertama.

Dalam keghairahan Selangor mengasak, Pahang Rangers terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Firdaus Ambiah.

Bekas pemain skuad futsal kebangsaan itu meledakkan rembatan padu selepas menerima hantaran pendek dari rakan sepasukan sekaligus menewaskan penjaga gol Selangor, Syaifuddin Syukri Ibrahim Lincoln pada minit keempat.

Penyokong yang hadir nyata telah dipertontonkan dengan aksi futsal berkualiti tinggi berikutan corak permainan berbalas serangan yang dipamerkan kedua-dua pasukan.

Selangor kembali mengikat kedudukan selepas Syed Aizad Daniel Syed Nasir berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-11.

Ketika aksi 20 minit pertama hanya tinggal seminit untuk ditamatkan, pemain pivot Selangor, Shamsul Akmar Zamri tertolak bola ke gawangnya sendiri untuk memberikan gol kedua buat pelawat.

Tuan rumah tidak membenarkan Pahang Rangers mendahului dengan lebih lama apabila Muhammad Fariq Mohammad menyempurnakan sepakan penalti kedua (second spot) di minit ke-20.

Fariq kemudiannya menjadikan kedudukan 3-2 buat Selangor pada minit ke-32 tetapi pemain muda Pahang Rangers, Zainal Abidin Hamzah memadam kelebihan tersebut seminit kemudian untuk perlawanan berakhir dengan keputusan 3-3.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, Selangor masih kekal di puncak liga dengan mencatatkan 17 mata, hanya berkelebihan satu mata dihadapan Pahang Rangers yang mengekori rapat di tempat kedua.

Kredit foto: Selangor MAC Futsal

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN