MPFL 2019: Aksi Kuala Lumpur & Melaka United Berkesudahan Terikat 2-2

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur dan Melaka terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat 2-2 pada aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, sebentar tadi.

Kuala Lumpur bermula garang pada minit awal permainan setelah melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu Melaka United.

Peluang terbaik dimiliki Kuala Lumpur menjelma pada minit kedua permainan selepas percubaan Farhan Baahriiim terkena palang gol, ketika penjaga gol Melaka, Syahman Idris sudah pun tertewas.

Aksi saling berbalas serangan pantas dijelmakan kedua-dua pasukan bagi menambah kerancakan perlawanan yang berlangsung di Shah Alam itu.

Melaka berjaya membuka tirai jaringan pada minit ketujuh perlawanan menerusi pemain skuad Bawah 20 Tahun Kebangsaan, Najmi Rosli.

Berpunca daripada serangan balas pantas bersama kapten, Shazwan Ashraf, Najmi dengan tenang menolak masuk bola bagi menewaskan Aliq Haiqal.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kuala Lumpur kembali memperkemaskan aksi dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-10. Rembatan Abdul Rahman Satuki yang mengelirukan masih belum mampu untuk menewaskan Syahman.

Kegigihan pemain Kuala Lumpur membuahkan hasil berselang dua minit kemudian apabila penjaring terbanyak mereka, Mulhim Muqri Faisal menemui sentuhan jaringan.

Mulhim yang sememangnya memiliki rembatan kaki kiri yang padu meledakkan rembatan hasil sepakan sudut diambil kapten, Hazizi Mansor untuk kembali menyamakan kedudukan.

Ketika aksi babak pertama hanya berbaki dua minit, Muhammad Nazif Azli terus menceriakan kem Kuala Lumpur susulan rembatan leretnya yang membolosi gawang Melaka United.

Kelebihan tipis Kuala Lumpur hanya mampu bertahan sehingga minit ke-37 setelah Najmi Rosli meledakkan jaringan kedua peribadinya.

Beliau tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti kedua (second spot) ketika sisa permainan hanya berbaki tiga minit.

Najmi terlepas peluang untuk meledakkan hatrik sekaligus menghadiahkan gol kemenangan buat Melaka United selepas rembatannya menerusi sepakan penalti kedua berjaya dinafikan Alif Haiqal.

Ekmal Shahrin turut mensia-siakan peluang terhidang ketika Melaka dihadiahkan satu lagi sepakan penalti kedua tetapi gagal disempurnakan pemain tersebut.

Keputusan 2-2 kekal hingga tamat permainan untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

Pemain terbaik perlawanan: Najmi Rosli (Melaka United)

Kredit foto: Kuala Lumpur Futsal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN