Pochettino: Saya Bukan Pengurus Spurs, Mohon Tukar Deskripsi Jawatan Saya

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochetthino seolah-olah mengambil kesempatan menyindir majikannya dan juga Daniel Levy – Pengerusi Tottenham Hotspur.

Menurut Pochettino, sepatutnya jawatan beliau tidak disebut sebagai pengurus, tetapi sebaliknya hanya ketua jurulatih. Hal ini kerana Pochettino tidak ada kuasa mutlak dalam perpindahan pemain.

Dalam dunia pengurusan moden, di Eropah terutama di England ketua Jurulatih diberikan kuasa dan dana untuk menguruskan pasukan setiap musim. Mereka akan menentukan rekrut staf kejurulatihan, penentuan gaji pemain dan juga jual beli pemain.

Di Malaysia pula kita banyak melihat kuasa pengurus ini tiada pada ketua jurulatih.

Di Eropah, bukan semua pasukan mengamalkan sistem ala England ini. Misalnya di Itali, masih banyak kelab diasingkan kuasa ketua jurulatih dengan pengurus.

Mauricio Pochettino sekali lagi bersikap jujur dengan wartawan tentang situasinya

Selepas kemenangan 1-0 Spurs ke atas Real Madrid, wartawan bertanya tentang status pintu perpindahan pemain di Spurs. Sama ada masih terbuka untuk pemain masuk dan keluar ataupun sebaliknya.

Pochettino enggan wartawan membuang masa bertanya tentang perkara berkaitan dengan bidang pengurus kepada beliau.

Pochettino dengan tenang menyatakan: “Saya tiada kuasa untuk perkara itu. Saya tidak tahu langsung situasi beberapa pemain saya. Saya di sini hanya melatih mereka agar dapat mengeluarkan yang terbaik daripada mereka.”

“Saya tiada kuasa untuk menentukan siapa yang keluar dan siapa yang saya nak bawa masuk.”

Pochettino menjawab soalan itu selepas ditanya sama ada mereka akan melepaskan Danny Rose, selepas kehilangan Kieran Trippier.

Spurs memecahkan rekod perpindahan dengan mendapatkan Tanguy Ndombele. Sementara itu Jack Clarke dibeli dan dipinjamkan semula ke Leeds United.

Pochettino mahukan pemain seperti William Saliba, tetapi beliau tidak ada kuasa untuk menawarkan pakej kepada pemain tersebut. Segalanya ditentukan oleh pengurusan tertinggi.

“Ianya begini, sama ada perkara seperti ini berlaku ataupu tidak berlaku, membeli ataupun menjual pemain, melanjutkan kontrak ataupun tidak melanjutkan konratk pemain, rasanya semua perkara itu di luar bidang kuasa saya.”

“Itu semua di tangan kelan dan Daniel Levy [Pengerusi Spurs]. Buat masa ini, saya hanya berusaha menguruskan pasukan yang ada diberikan kepada saya sebaik mungkin.”

“Mungkin kelab harus menukar deskripsi jawatan saya sebagai ketua jurulatih sahaja, bukannya pengurus. Ini kerana tugas saya sekarang ini hanyalah melatih para pemain.”

“Jangan tanya perkara ini kepada saya, tanya kepada kelab. Mungkin selepas ini mereka akan menukar deskripsi jawatan saya.”

“Dah tentu saya adalah bos yang menentukan strategi permainan, menanam mentaliti, filosofi – itu semua dalam ‘kawasan’ saya. Selain daripada ‘kawasan’ itu, saya adalah jurulatih yang hanya jurulatih [bukan jurulatih merangkap pengurus].”

Musim lalu Mauricio Pochettino berjaya membawa Spurs menamatkan saingan di 4 teratas dan menjadi naib juara UCL, meskipun tidak membeli pemain pada pra musim.

Pochettino kemudian dikaitkan dengan beberapa kelab lain termasuk Manchester United dan juga Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN