Permulaan yang penuh kejutan dalam EPL minggu ini, David Moyes menjadikan Chelsea sebagai mangsa untuk meraih kemenangan pertama beliau bersama-sama West Ham dalam pertemuan 2 kelab London.
David Moyes merehatkan Joe Hart dan memberikan kepercayaan kepada Adrian sekali lagi.
West Ham menjaringkan gol awal pada minit ke-6. Dan pasukan David Moyes berjaya memastikan 3 mata menjadi milik mereka dengan corak bertahan yang kental dan agresif.
Mereka berjaya mengakhiri rekod 8 perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan. Chelsea memiliki beberapa peluang tetapi gagal menyudahkannya.
Alvaro Morata gagal menyempurnakan peluang di hadapan gol pada babak akhir perlawanan. Bakayoko digantikan dengan Pedro pada separuh masa kedua untuk menukar formasi daripada 3-5-2 kepada 3-4-3.
Jelas sekali Bakayoko masih gagal mendapatkan prestasi terbaik beliau. Chelsea mencuba untuk memecahkan unit pertahanan West Ham yang sangat padat dan ramai. Mereka meletakkan 9 pemain di belakang bola.
Kekalah ini adalah kekalahan kedua Chelsea di tangan pasukan di zon penyingkiran musim ini. Sebelum ini mereka tewas di tangan Crystal Palace dan kali ini di tangan West Ham. Agak ironi, ketika itu Palace juga baru melantik Hogdson dan itu adalah kemenangan pertama Hodgson.
Chelsea gagal mengambil kesempatan untuk menyamakan mata dengan pasukan di tangga ke-2, Manchester United.
Selepas ini, West Ham akan berhadapan dengan Arsenal untuk mengakhiri jadual sukar berhadapan dengan pasukan big 6 yang mereka tentang dalam 8 perlawanan terakhir. 4 daripadanya adalah big 6.
Kemenangan ini meletakkan West Ham di tangga ke-18 dengan mata yang sama dengan Crystal Palace di zon selamat.