CONCACAF Ikuti Langkah UEFA Perkenalkan Nations League

CONCACAF akan mewujudkan kejohanan yang seiras seirama dengan UEFA Nations League. Cuma hanya nama sahaja berbeza sedikit yakni League of Nations.

Dengan keahlian 41 buah negara, CONCACAF akan menjadikan UEFA Nations League sebagai penanda aras.

Tiga liga

Cuba vs Belize ketika Concacaf 2013

Penganjur telah menetapkan 41 buah negara ini akan diasingkan kepada tiga liga. Kurang satu daripada UEFA Nations League.

Konsep promotion-and-relegation akan digunakan untuk format tiga lapisan liga ini. Rasanya ia akan memberikan aura luar biasa kepada penonton bola sepak. Terutamanya di Amerika Syarikat.

Maklumkah, difahamkan ramai peminat bola sepak di Amerika Syarikat berang kerana konsep sebegini tidak dipakai untuk liga domestik mereka sendiri! Lagi perit, timnas mereka pun terbabas dalam perjalanan untuk ke Piala Dunia di Rusia!

Difahamkan juga kejohanan ini akan menjadi kelayakan untuk CONCACAF Gold Cup. Pusingan kelayakan di Amerika Tengah dan Carribean untuk CONCACAF Gold Cup telah termansuh dengan sendirinya.

Ada hadiah

Gold Cup, kejohanan ulung CONCACAF.

Ya, akan ada hadiah berupa wang tunai dan trofi bakal disediakan untuk pemenang. Lebih menarik, ia akan dijadikan perlawanan berkelas antarabangsa.

CONCACAF juga pertimbangkan League of Nations ini sebagai pusingan kelayakan Piala Dunia yang akan datang!

Tujuan League of Nations ini memberikan peluang untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti perlawanan antarabangsa. CONCACAF mempunyai banyak ahli tetapi peluang untuk mengadakan perlawanan persahabatan amatlah terhad.

Apatah lagi untuk mengadakan perlawanan daripada konferendasi lain!

Cabaran untuk Asia

Afrika sudah ada kejohanan sekunder, African Nations Championship, UEFA sudah wujudkan Nations League. CONCACAF pula akan mengikuti jejak mereka.

Asia bila lagi? Takkanlah nak kekalkan kejohanan peringkat serantau sahaja?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN