Aubameyang Cipta Sejarah, Dortmund Terus Merana Tak Menang 9 Perlawanan Terakhir

Apa sudah jadi dengan Borussia Dortmund? Mereka masih gagal menang dalam 8 perlawanan Bundesliga. Kali terakhir memang dalam liga adalah pada 30 September 2017 menentang Augsburg.

Semalam adalah kekalahan ke-6 dalam 9 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Jadi kini mereka hanya menang sekali dalam 13 perlawanan untuk semua pertandingan iaitu menentang Magdeburg.

Aubameyang memecahkan rekod menjadi pemain Afrika paling banyak gol dalam Bundesliga apabila menjaringan gol penyamaan pada minit ke-57. Itu adalah gol Bundesliga ke-97 beliau mengatasi legenda Afrika, Tony Yeboah (96 gol).

Borussia Dortmund ketinggalan pada minit ke-26 menerusi jaringan Maximilian Eggestein. Aubamenyang menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Selepas itu, Werder Bremen di hadapan sekali lagi menerusi Theodor Gebre Selassie pada minit ke-65.

Terdapat isu taktikal yang jelas pada pasukan Dortmund. Pada awal musim mereka sangat cemerlang di bawak kendalian Peter Bosz.

Mereka tidak bolos dalam 7 perlawaan di peringkat domestik. Bolos pertama mereka adalah pada perlawanan menentang Hoffenheim, itupun mereka menang besar 6-1.

Peter Bosz dipuja sebagai Jurgen Klopp baru dalam pasukan Dortmund dan peminat mulai melupakan Thomas Tuchel. Mereka berjaya berada di puncak liga dengan cemerlang lebih lebih lagi ketika itu Bayern Munich dalam krisis prestasi.

Ramai menjangkakan Peter Bosz akan membawa kejayaan Bundesliga sekali lagi ke Signal Iduna Park. Tetapi kini apa dah jadi? Sudah kedengaran beberapa penyokong mendesak agar Peter Bosz meletakkan jawatan ataupun dipecat.

Dalam perlawanan semalam, Sokratis, Subotic dan Schmelzer sekali lagi gagal bertahan dengan baik. Marc Bartra sangat ofensif tetapi kurang kualiti di kawasan serangan ketika mahu melakukan hantaran dan juga penyudah.

Untuk jaringan pertama Eggeistein, memang sukar untuk menyalahkan pertahanan dan penjaga gol. Kerana ia percubaan yang sangat cantik dari jarak jauh.

Namun masalahnya kini, mereka sudah terlalu banyak melepaskan gol dan gagal menang. Ini akan memberikan impak kepada keyakinan pada diri pemain.

Dortmund berusaha untuk memperbaiki aksi mereka dan berjaya menyamakan kedudukan. Tetapi mereka sekali lagi melepaskan bolos yang membunuh pasukan mereka sekali lagi.

BvB harus bangkit segera. Agak klise ayat ini untuk diperkatakan setiap minggu. Mereka baru sahaja melepaskan 3 mata dalam perlawanan yang mereka harus menang. Bremen adalah pasukan di tangga ke-16, dan kini dalam prestasi hambar juga.

Boleh dikatakan mereka sudah keluar daripada persaingan Bundesliga musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN