Mourinho:”Saya Kenal Pemain Saya, Dan Ada Beberapa Orang Yang Saya Tak Suka”

Jose Mourinho berterus terang yang beliau tidak suka ataupun percaya dengan beberapa pemain dalam pasukan Manchester United. Mourinho menyatakan Man. United perlu bekerja keras untuk menyamai kualiti Man. City.

Beliau berkata begitu dalam sidang media perlawanan menentang West Ham. United ketinggalan 20 mata di belakang City ketika ini.

Tanpa berselindung Mourinho sangat kecewa dengan sikap beberapa pemain dalam kekalahan menentang Brighton sebelum ini.

Mourinho memberikan peluang kepada pemain seperti Anthony Martial dan Marcus Rashford mengemudi bahagian serangan. Selepas tamat perlawanan beliau memberitahu dengan nada tegas:

“Orang selalu tanya, kenapa mesti Lukaku? Kenapa mesti Lukaku? Kenapa mesti Lukaku? Ini adalah jawapan kepada ‘kenapa mesti Lukaku?'”

Mourinho merehatkan beberapa pemain utama sebagai persediaan final Piala FA menentang Chelsea.

“Berapa mata menjarakkan kita dengan City? Bukan 2,3 ataupun 4 tetapi sangat banyak.”

“Saya berpendapat kami perlukan dua perkara yang mustahak iaitu kualiti dan mentaliti untuk merapatkan jurang kualiti dengan Man. City. Ada beberapa pemain tidak konsisten dan kami perlukan lebih kualiti.”

“Saya percayakan beberapa pemain lebih daripada beberapa pemain lagi untuk merapatkan jurang ini. Itu normal dan saya kenal pemain saya. Saya bekerja dengan mereka beberapa tahun ini dan saya lebih kenali mereka lebih daripada orang lain.”

“Sudah tentu beberapa pemain sangat meyakinkan saya bahawa kami mampu memperbaiki kualiti kami.”

“Beberapa orang lagi memberikan saya harapan yang baik bahawa kami mampu melakukannya. Dan beberapa lagi pemain, saya tak percaya kepada mereka mampu melakukannya.”

“Sudah pastinya kami terpaksa mengekalkan mereka ini kecualilah kami ada pasukan yang sempurna dengan cara seperti, hari ini beli penjaga gol, kemudian kamu tak sukakan mereka, kamu beli penjaga gol baru. Anda beli bek tengah baru, anda tak suka, beli yang baru pula.”

SEVILLE, SPAIN – FEBRUARY 21: Jose Mourinho, Manager of Manchester United looks on during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Sevilla FC and Manchester United at Estadio Ramon Sanchez Pizjuan on February 21, 2018 in Seville, Spain. (Photo by Aitor Alcalde/Getty Images)

“Jika anda mampu berbuat begitu untuk membentuk skuad sempurna, anda tak payah pening nak simpan pemain pemain yang anda tak percayakan ini.”

“Apabila saya berkata saya sukakan pemain ini, saya bercakap secara statistikal. Pemain yang anda tak cukup percaya tetapi anda masih perlu kekalkan mereka.”

“Jika anda tanya pengurus lain, mereka akan katakan perkara yang sama. Ada pemain yang meereka tak suka di dalam skuad berbanding dengan beberapa pemain yang lain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN