Mourinho Tolak Tawaran Kontrak €100 Juta Untuk Latih Kelab China

Bekas pengendali Manchester United dan Chelsea, Jose Mourinho dilaporkan telah menolak satu tawaran lumayan untuk bergelar pengurus di China.

BBC melaporkan Mourinho telah ditawarkan peluang oleh kelab Liga Super China (CSL), Guangzhou Evergrande dengan tawaran kontrak bernilai
€100juta (RM456 juta).

Sekiranya menerima tawaran tersebut, Mourinho akan menjadi pengurus yang menerima gaji termahal di dalam dunia bola sepak.

Namun pengendali yang berasal dari Portugal itu memilih untuk terus kekal di Eropah, dan menolak tawaran tersebut kerana enggan meninggalkan keluarganya.

Pengendali berusia 56 tahun itu kini tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak dipecat oleh Manchester United pada Disember tahun lalu.

Guangzhou pula kini diurus oleh bekas bintang Piala Dunia Itali, Fabio Cannavaro.

Pada Mac lalu Mourinho berkata beliau ingin kembali ke bidang pengurusan, tetapi perlu menunggu tawaran dengan projek yang betul.


Pada awal bulan ini, Mourinho turut menolak spekulasi yang mengaitkan beliau dengan Newcastle United, selepas Rafael Benitez meninggalkan kelab itu.

“Saya tahu apa yang saya sendiri tidak mahu. Dan saya tahu apa yang saya mahukan. Ia bukan mengenai kelab yang spesifik tetapi mengenai permintaan dan persekitaran pekerjaan itu. Ia mengenai dimensi tugasan yang ditawarkan,” ujar Mourinho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN