Mourinho Terlepas Hukuman Berat Daripada FA England

Jose Mourinho tidak akan berdepan sebarang hukuman susulan satu siasatan terhadap komen dilakukannya sebelum pertembungan tetangga Manchester, baru-baru ini.

Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) berkata, mereka memutuskan untuk mengambil ‘tindakan tidak rasmi’ selepas meneliti bukti disediakan kelab kendalian Mourinho, Manchester United, selain memahami kenyataan yang mengaitkan kepada pemain Manchester City melakukan ‘kesalahan taktikal’ bagi melemahkan serangan lawan’.

Namun, ia tetap mengingatkan Mourinho mengenai komen terbuka terhadap pegawai perlawanan yang mungkin boleh dikenakan tindakan disiplin.

Keputusan tidak mengenakan hukuman terhadap Mourinho hadir selepas FA mengumumkan tiada tindakan rasmi akan diambil ke atas United mahupun City selepas insiden buruk itu mengganggu pertembungan tetangga di Old Trafford, awal bulan ini.

Jose Mourinho berpeluk dengan Pep Guardiola ketika pertembungan Manchester Derby minggu lalu. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

City menewaskan United 2-1 bagi memperkukuhkan posisi mereka di puncak Liga Perdana Inggeris pada 10 Disember lalu.

Pasukan pelawat itu meraikan kemenangan selepas perlawanan yang dikatakan mencetuskan ketegangan di kalangan pemain dan staf kedua-dua pasukan di laluan ke bilik persalinan.

Ketika perbalahan, difahamkan susu dan air dilemparkan ke arah Mourinho dari arah bilik persalinan City.

Laporan mengatakan, pembantu jurulatih City, Mikel Arteta luka di bawah mata selepas terkena botol plastik sebelum FA mengarahkan kedua-dua kelab menjelaskan situasi sebenar.

Namun dalam satu kenyataan hari ini, FA berkata: “Susulan pemerhatian bukti disediakan kedua-dua kelab dan saksi kejadian, FA tidak akan mengambil sebarang tindakan rasmi.

Susulan insiden berkenaan, Mourinho menolak dakwaan yang anak buahnya bersalah manakala pengurus City, Pep Guardiola juga mempertahankan pemainnya meskipun memohon maaf kepada United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN