Hamidin Harap Pahang Kemukakan Rayuan Untuk Kurangkan Hukuman

Semalam, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menyatakan yang mereka tidak akan mengemukakan sebarang rayuan di atas hukuman yang dikenakan oleh FAM menerusi kenyataan rasmi oleh Jawatankuasa Tatatertib.

Jawatankuasa Tatatertib FAM telah mengenakan hukuman kepada Pahang yang gagal menghantar pasukan untuk beraksi di Piala AFC seperti selepas mereka diberikan slot tersebut.

Kesannya, Pahang tidak boleh mengemukakan permohonan untuk Lesen AFC selama 2 musim. Pada musim 2019, satu pasukan Malaysia akan beraksi di ACL.

Pahang sebelum ini memberitahu mereka hanya mahu fokus kepada pertandingan domestik untuk musim 2018. Walaubagaimanapun, PBNP menyatakan mereka terpaksa menerima hukuman yang telah diletakkan oleh FAM.

Pada masa yang sama, PBNP memberitahu yang mereka yakin tindakan mereka tidak mahu menyertai Piala AFC 2018 adalah bukan satu kesalahan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata hukuman yang diputuskan oleh jawatankuasa tatatertib badan induk bola sepak negara itu tidak lagi boleh dipertimbangkan ketika ini.

“Soal rayuan, itu terpulang kepada Pahang namun saya difahamkan mereka tidak mahu merayu. Kemungkinan mereka ada sebab tersendiri dan kita hormati keputusan mereka.

“Cuma hukuman hanya boleh dikurangkan menerusi jawatankuasa rayuan. Dan dalam kes ini, PBNP perlu membuat rayuan terlebih dulu sebelum pertimbangan boleh dilakukan,” katanya kepada Berita Harian.

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengharapkan jawatankuasa rayuan badan induk itu dapat meringankan hukuman ke atas Pahang yang dilarang memohon lesen Kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selama dua tahun.

Tunku Ismail mengakui tempoh hukuman yang dijatuhkan jawatankuasa tatatertib itu terlalu lama dengan beliau berharap PBNP mengemukakan rayuan.

Isu slot kedua Piala AFC 2018 menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tanah air. Ianya bermula apabila juara Piala FA 2017, Kedah gagal mendapat lesen AFC kerana masalah audit kewangan.

FAM  telah memutuskan untuk memberikan slot tersebut kepada Naib Juara Liga Super dan juga finalis Piala FA 2017, pasukan Pahang yang memiliki lesen AFC.

Tindakan Pahang yang enggan menerima tawaran FAM untuk mengisi satu lagi slot pasukan ke saingan Piala AFC 2018 membawa padah selepas tidak dibenarkan untuk memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas Pahang didapati melanggar Artikel 14 Statut FAM kerana ingkar arahan badan induk itu apabila enggan atau gagal mendaftarkan pasukan ke pertandingan Piala AFC musim depan.

Mengikut peruntukkan statut FAM, Artikel 14 Status FAM – obligasi ahli menuntut pasukan mematuhi sepenuhnya statut, peraturan, arahan dan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), AFC dan FAM pada setiap masa.

Tunku Ismail turut melihat pasukan Pahang sebagai pasukan yang amat berpotensi dan hebat untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Piala AFC. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu menaikkan ranking Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN