Boleh dikatakan, Jose Mourinho tahu cara untuk menghargai orang-orang yang bekerja dengannya.
Pada perlawanan pertamanya menentang Bournemouth yang berakhir dengan kemenangan 1-3 kepada United, seorang pemain telah pun mencuri tumpuan semua orang dengan persembahan beliau.
Namanya adalah Eric Bailly.
Prestasi yang cukup baik
Eric Bailly menunjukkan beliau langsung tidak terbeban dengan tag nilai perpindahan £30 juta yang dibayar oleh Manchester United kepada kelab lamanya, Villareal.
Hal ini terbukti apabila statistik menunjukkan beliau berhak mendapat anugerah pemain terbaik perlawanan selepas kemenangan 1-3 United ke atas Bournemouth.
Bailly mencatat purata peratusan hantaran yang tinggi dengan 95% dengan purata jarak hantaran iaitu 21 meter.
Bailly juga sangat kebal di pertahanan United, memenangi ‘duel’ dengan purata 80% serta purata bagi ‘defensive action’ adalah 9.
Walaupun tidak mendapat ‘clean sheet’ selepas United bolos gol hasil jaringan Adam Smith, prestasi Bailly tetap melayakkan beliau untuk meraih anugerah pemain terbaik perlawanan.
Mourinho dedikasikan kepada staf fisioterapi pasukan
Ketika ditemu ramah wartawan selepas perlawanan, Mourinho ternyata berpuas hati dengan prestasi dua pemain baharu beliau iaitu Eric Bailly dan Zlatan Ibrahimovich.
Namun selepas itu, Mourinho mendedahkan Bailly sebenarnya mengalami kecederaan seminggu sebelum perlawanan menentang Bournemouth.
“Eric (Bailly) baru menyertai kami di padang latihan buat kali pertama semalam. Sepanjang minggu ini beliau hanya cedera sahaja.”
“Namun, ada seseorang yang telah menjaganya dengan baik sekali. Dan seseorang itu memberi sumbangan besar kepada persembahan Eric.”
Ketika ditanya siapakah orang disebalik prestasi Bailly itu, Mourinho mudah menjawab :
“Seseorang dari pasukan fisio kami.”
Zlatan keliru siapa sebenarnya pemenang MOTM
Kemudian, ketika ditemu ramah wartawan bersama Wanye Rooney, Zlatan Ibramovich ternyata gembira dengan prestasi pasukannya.
“Ia adalah satu keputusan yang baik untuk pasukan kerana perlawanan ini (menentang Bournemouth) sangat sukar.”
“Pada separuh masa pertama ia amat sukar dan kami tidak berada dalam prestasi terbaik kami. Namun pada separuh masa kedua ia menjadi semakin mudah. Dan dari situ kami mendapat gol kedua dan ketiga kami.”
“Ia adalah satu permulaan yang baik,. Dan sangat bagus untuk bermula dengan baik.”
Selepas sesi temu ramah, wartawan memberi hadiah anugerah pemain terbaik perlawanan kepada Zlatan untuk diberikan kepada Bailly. Namun Zlatan menjadi keliru pada waktu itu.
Zlatan menyangkakan anugerah itu kaptenya, Wayne Rooney.
“Saya sangkakan itu untuk Wayne (Rooney)!”
https://www.youtube.com/watch?v=Y_rexZnZF6E
Baca juga: Zlatan Ibrahimovich: Antara Egois, Keangkuhan, Kemasyhuran & Sweden