Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyatakan yang Paul Pogba setaraf dengan bintang-bintang Real Madrid dan Barcelona seperti Messi, Ronaldo dan Neymar.
Bercakap kepada sidang media selepas 2 perlawanan pra musim, masing-masing menentang Real Madrid dan Barcelona. Beliau meyifatkan yang Pogba adalah setaraf dengan Lionel Messi
“Messi dan Neymar hanya satu, tiada dua. Begitu juga Suarez, Iniesta, Pique, Ronaldo, Bale, Modric dan Kroos. Semua mereka hanya satu. Jadi mereka hanya boleh bermain untuk 1 kelan dan bukannya 2.”
“Kami tidak mampu memiliki mereka. Mereka milik kelab mereka. Anda cuma perlu bekerja keras secara taktikal untuk memperbaiki pasukan anda, pemain anda. Tetapi ada sesetengah pemain itu istimewa dan tidak terikat dengan hukum itu.”
“Dalam perlawanan sebenar anda harus memberikan kualiti yang berbeza dengan beberapa pengurusan taktikal. Dan dengan itu baru anda boleh menang.”
Mourinho mengakui seronok melihat corak permainan Barca dari luar padang.
“Barcelona sangat baik secara taktikal, dan memiliki hubungan yang hebat dengan bola.”
“Ya! kadangkala anda memikirkan soal kompak, ruang dan taktik, tetapi hubungan dengan tetap penting.”
“Walaupun saya pengurus pasukan lain, saya tetap mengagumi kecantikan yang dipersembahkan pemain-pemain (Barca) ini.”
“Hari ini salah seorang pemain kami, Paul Pogba adalah setaraf dengan pemain-pemain mereka. Pogba sudah ditakdirkan untuk berada di tahap itu.”
Selepas pujian itu, tidak lama kemudian Pogba memuatnaik gambar ini di instagram beliau.
Apakah agaknya maksud respon Pogba ini?
Sumber
Man Utd – http://www.manutd.com/en/Tour-2017/Tour-2017-News/2017/Jul/Paul-Pogba-meets-Barcelona-stars-Lionel-Messi-and-Neymar.aspx