Mourinho Perlukan Lebih Ramai ‘Anjing Gila’, Kritik Pemain Tengah Yang Melambatkan Tempo

Jose Mourinho masih tidak berpuas hati dengan beberapa pemain beliau meskipun Man. United bangkit ketinggalan 2 gol dan menyamakan kedudukan. Menurut Jose Mourinho, mereka sepatutnya lebih garang dalam padang untuk mendapatkan gol kemenangan.

Manchester United seri 2-2 di St-Mary. Manchester United kini hanya mengutip 22 mata daripada 14 perlawanan. Mereka dibezakan 16 mata daripada Man. City (tangga pertama) – dan beza 6 mata daripada Chelsea (tangga ke-4).

Man. United sekali lagi berhadapan dengan isu memulakan perlawanan. Awal 20 minit Man. United ketinggalan 2 gol di belakang menerusi jaringan Stuart Armstrong dan Cedric Soares.

Marcus Rashford kemudian menjadi ‘anjing gila’ dan membantu mencipta 2 peluang kepada rakannya. Pertamanya adalah ‘assist’ kepada Lukaku yang menamatkan kemarau gol beliau. Kedua adalah ‘assist’ kepada Herrera yang dengan licik melakukan flick ke dalam gawang gol.

Jose Mourinho mahukan lebih ramai anjing gila dalam padang seperti Rashford.

Beliau berkata: “Tak kira apa jua sistem permainan kita, ianya perlukan karakter yang kuat daripada para pemain. Dan kami kurang pemain berketerampilan itu, dengan izin – kami kurang ‘anjing gila’ dalam padang. Anjing yang mahu menggigit bola setiap masa dan melakukan desakan [press] kepada lawan. Kami kurang semangat seperti itu.”

Mourinho memberikan contoh Rashford sebagai pemain yang ada karakter seperti itu. Beberapa pemain lagi tidak cukup agresif di atas padang. “Hal itu berlaku sama ada kerana mereka tidak melakukan lebih baik daripada sepatutnya ataupun mereka tak mampu melakukannya.”

Mourinho mengkritik aksi pemain tengah beliau dan meminta mereka merujuk kembali apa yang mereka lakukan ketika ketinggalan 2 gol. Itu yang Mourinho mahukan mereka lakukan sepanjang perlawanan.

“Dalam keadaan ketinggalan 2 gol, mereka mengalirkan bola dengan membuat keputusan yang tepat, mereka bermain bola sepak dengan satu sentuhan, dua sentuhan, membuatkan bola sepak mudah dan bola cepat sampai kepada pemain serangan. Asas penting adalah kami tak hilang bola dengan mudah. Kami naikkan tempo dan membuat keputuan tepat serta bermain dengan mudah.”

Mourinho membandingkan fasa tersebut dengan separuh masa kedua, di mana ada beberapa pemain membuatkan permainan menjadi lambat. Mungkin Mourinho menyindir Pogba yang terlalu banyak melakukan sentuhan bola ekstra di tengah padang membuatkan ‘progression’ permainan mereka terganggu.

“Orang dahulu ada berkata – ‘simplicity is genius‘. Saya sangat setuju dengan pengurus dahulu yang menyebut frasa itu. Dalam beberapa kawasan di dalam padang, anda perlu memudahkan permainan.”

“Pada separuh masa kedua, para pemain cuba untuk menang -saya tak kata mereka tak nak menang – namun kami perlu melakukannya dengan tindakan lebih baik. Kami perlu menggerakkan bola dengan lebih pantas.”

“Pada separuh masa kedua, Southampton bermain untuk seri. Namun mereka tetap memiliki beberapa peluang bahaya kerana kami hilang bola.”

“Pasukan kami tiada kesinambungan ketika menyerang. Kami ada seorang pemain yang terasing [isolated] di tengah selama 10,15 minit membuatkan kami tidak mampu berhubung dengan penyerang. Kesinambungan itu hanya akan wujud jika kamu bermain bola sepak fluid dan mudah di tengah.”

Mourinho kemudian ditanya pandangan beliau tentang Lukaku yang kelihatan bergelut dengan prestasi di atas padang walaupun menamatkan kemarau 12 perlawanan tanpa gol. Mourinho berkata: “Jadi, kamu tulis perkara itu, jangan tanya saya.”

Beliau juga menjelaskan kenapa beliau mengeluarkan Rashford pada minit ke-77. Keputusan beliau ketika itu di-boo oleh penyokong kerana mengeluarkan pemain terbaik mereka di atas padang.

Mourinho berkata: “Rashford yang minta dikeluarkan, beliau ada sedikit kecederaan. Kena tendang di sini, dikasari di sana, beliau melakukan banyak larian dan gerakan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN